Malaysia
UAE
Masa penuh di Stadium Nasional Bukit Jalil
Atmosfera di Stadium Bukit Jalil ketika perlawanan ini amat menghairahkan dengan kehadiran penyokong dan termasuk Ultras Malaya. Sorakan serta chanting yang amat padu hingga membuatkan pemain UAE serba sedikit melakukan kesilapan seawal tidak sampai seminit Shafik Ahmad meledak gol dengan menggunakan trademark beliau iaitu tandukan.
Perlawanan ini yang diklasifikasikan sebagai kompetatif dan hanya pasukan yang melakukan kesilapan akan menerima padah.
Berdepan lawan yang memiliki reputasi hebat dan menduduki ranking ke-65 dunia bagaimanapun langsung tidak menggentarkan barisan anak buah Tan Cheng Hoe pada perlawanan ini dengan mempamerkan corak permainan menekan pasukan pelawat. Bagaimanapun, semangat juang tinggi yang dipamerkan pasukan negara wajar diberikan pujian kerana mereka tidak memberikan laluan mudah buat UAE.
Ali Ahmed Mabkhout memusnahkan harapan skuad negara untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata apabila dua jaringannya membantu Emiriah Arab Bersatu (UAE) mencatatkan kemenangan pertama dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ,sebentar tadi.
Tekanan hebat terus dilancarkan pada lewat permainan terutamanya menerusi percubaan luar kawasan penalti dilepaskan Brendan tetapi ia belum cukup untuk menghadirkan jaringan penyamaan untuk perlawanan berakhir dengan keputusan 2-1 memihak skuad bimbingan Bert Van Marwijk itu.
Pemain terbaik perlawanan: Ali Ahmed Mabkhout (UAE)