Bukankah Forward Parking ( FP) lebih cepat dilakukan berbanding Reverse Parking ( RP)?
Mengapa ianya bahaya?

Sebenarnya RP ( bahagian depan kereta menghadap keluar jalan) lebih selamat kerana :

1. Jika berlaku kebakaran di kawasan atau bangunan tempat kita berada, maka kita boleh terus dapat keluar parking dengan selamat dan cepat sedangkan jika FP kita perlu menoleh ke belakang berkali – kali terlebih dahulu sambil memandu keluarkan bontot kereta dari parking.

Jika semua buat RP, aliran keluar kenderaan secara banyak adalah lebih lancar semasa kecemasan berlaku /keadaan panik.

2. Melakukan RP Lebih memudah untuk dibantu jika enjin/bateri tidak dapat dihidupkan dengan menggunakan jumper apabila bahagian depan kereta berada di depan bahagian kereta orang lain. Kereta orang lain boleh pergi ke arah depan kereta kita dan membantu.

3. Dengan kaedah RP risiko terlanggar orang lain di depan kereta adalah rendah kerana pemandu nampak apa yang ada di depannya dan lebih fokus berbanding melakukan RP yang lebih besar risiko terlanggar orang di belakang kereta apabila mahu mengundur ketika mahu kuarkan kereta dari kotak parking.

4. RP lebih selamat kerana apabila pemilik kereta tetap boleh mengeluarkan kereta dengan selamat walaupun kiri kanan kereta yang parking adalah kenderaan saiz lebih besar seperti Triton atau Vellfire.

 

Kereta di barisan belakang saya juga dalam keadaan FP. Maka risiko untuk kami terlanggar adalah lebih cerah ketika kecemasan berlaku.

Seandainya semua pemilik kereta itu turut amalkan RP, maka risiko terlanggar dapat dielakkan kerana semua pemandu mudah keluarkan kereta dari kotak parking.

Jadi jika kita semua melakukan RP kita boleh membantu menurunkan kadar kematian atau kadar kecederaan ketika kecemasan berlaku kerana kita dapat beredar lebih cepat dari lokasi kejadian dan kelam kabut aliran traffik juga dapat dikurangkan.

Maka, pengetahuan tentang RP perlu ditekan di mana juga kawasan parking dengan menambahkan info tentangnya melalui papan tanda juga sebaran info di media sosial dan media elektronik lain seperti TV dan Radio.

Jadi, ayuh amalkan RP!

Berlatihlah melakukan RP dengan cepat dan tepat agar sekali cubaan RP dapat memendekkan masa pemandu lain menunggu kita selesai melakukannya!

Keselamatan kita utamakan!

Boleh SHARE untuk kebaikan ramai.
Terima kasih.