Jerebu Malaysia, akibat siapa?
Senario di negara akan menyalahkan negara jiran Indonesia sebagai pembakar paling tegar di dunia. Tudingan jari yang setiap kalinya akan menunjuk ke arah negara jiran yang lain tidak bukan Indonesia.
Ada suara sinis juga kedengaran ‘kenapa saat ini Indonesia tidak mahu ‘claim’ jerebu ini milik mereka?’
Senario di Indonesia pula, mereka memasang kubu pertahanan yang ampuh dengan menyelidik angkara siapa pembakaran besar-besaran berlaku. Ternyata di ladang-ladang milikan anak syarikat Sime Darby. Siapa pula Sime Darby ini? Orang Malaysia tak mungkin lupa. Syarikat yang dikenali sebagai mempunyai ladang-ladang pertanian, industri perumahan dan memang terkenal.
Tuding menuding berlaku ! ahh… biarkan ia berlaku, bukan boleh menyelesaikan masalah.
Masalah utama ialah keluarga sendiri, jiran dan sekitar komuniti tempat tinggal. Kurangkan berada di luar rumah, jika sebaliknya gunakan pelindung pernafasan yang sesuai. Mahal, itu biasa. Barang yang jarang-jarang digunakan pembekalnya pula mempunyai nafsu yang tinggi berbanding nilai kemanusiaan.
Udara di dalam rumah pula pastikan tidak ada unsur dari luar, tingkap pintu ditutup jika ada penapis udara ia akan lebih baik. Mahu merokok boleh duduk diluar bersama jerebu biar cepat sedikit saat kematian datang menerjah (hehehe).
Basuh muka dan tangan sekiranya ada melakukan aktiviti luar dan minum air (plain water). 8 gelas sehari kalau dapat, tapi yang penting air kena sentiasa diminum.
Jika memandu gunakan penyaman udara dan di dalam persekitaran kereta sahaja. Itupun, ada juga bau asap yang menerobos masuk di dalam kereta.
Senario tempatan memang akan kerap menyalahkan orang lain. Kerana itu adalah sinonimnya sebuah masyarakat.
Kerajaan kini? di media masa hinggakan tersepak batu pun boleh juga menyalahkan kerajaan (nasib kamulah… kerajaan kan)
Tapi beberapa usaha juga digerakkan untuk membantu, dengan membuat pembenihan awan untuk menurunkan hujan.
Akhir kata, kekal tenang… berdoa agar kita dihindarkan segala perkara buruk. Lakukanlah (usaha) apa yang termampu dan sama-samalah kita berserah kepada Tuhan yang Esa. (Allahhuakbar!)