Kita ketawa sama-sama, Kita sakit sama-sama… Terima kasih menerima aku yang ‘injured’ ini bersama didalam pasukan.
Pasukan bolasepak Fakulti Sains 2019 merupakan pasukan bola yang dibina dan diasaskan sejak sekian lama dan turun temurun mengikut generasinya.
2019 merupakan tahun pertama aku di Fakulti Sains setelah hampir 21 tahun di Sekolah Komputeran (dahulunya Fakulti Sains Komputer & Sistem Maklumat (FSKSM)) dan merupakan kali pertamanya aku bermain bola padang setelah bersara akibat ACL pada 2001.
Inilah kenangan yang ada pada 1998 pada tahun pertama memasuki alam pekerjaan di UTM. Skuad yang biasa-biasa dengan tiada jurulatih hanya berbekalkan semangat. Aku bukan seorang pemain bola ketika di sekolah. Hanya bermain bola ketika berada di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) itupun baru belajar menendang bola di Pantai Gelora, Kuantan.
Pencapaian terbaik ketika itu naib juara blok aspura POLISAS yang bermain di padang keras dan berdebu dan yang paling kelakar ketika perlawanan berlangsung seekor khinzir hutan jatuh dari atas bukit dan melintas di tengah-tengah padang hinggakan bukan sahaja pemain bertempiran lari malah pengadil ketika itu turut sama lari menyelamatkan diri. Padang di POLISAS ni merupakan bukit yang ditarah separuh, diratakan kemudiannya ada gaung dipenghujungnya. Kalau bermain bola perlu ada bola tambahan, kalau-kalau bola jatuh gaung.
Kembali cerita di UTM, aku disahkan mengalami kecederaan ACL (An ACL injury is a tear or sprain of the anterior cruciate (KROO-she-ate) ligament (ACL) — one of the major ligaments in your knee.) semasa perlawanan persahabatan. (sedih.. friendly je kot) pada 2001.
Aku tak buat pembedahan mungkin disebabkan kos, ataupun pada ketika itu aku tak percaya pembedahan boleh berjaya berdasarkan testimoni rakan-rakan yang buat tapi masih tidak boleh bermain. Ketika itu masih tiada Sains Sukan mungkin ada tapi mengenai kecederaan sukan masih tiada kedengaran atau kesedaran lagi.
Setelah 2 tahun aku mulai aktif sukan futsal hanya untuk suka-suka hinggalah sekarang.
Perlawanan pertama menentang CICT masa bergambar ni semangat tu melebihi segalanya. Agak memeranjatkan aku boleh bermain 90minit.
Aku sendiri pun rasa tak percaya tapi pada keesokkan harinya aku terlantar kejung di rumah. (heehhehe)
Perlawanan ke 2, kali ini aku hanya mampu bertahan 15-20 minit je. tak mampu lagi berlari pangkal peha jem teruk. Pergelangan kaki kiri terpelecuk akibat lubang yang sengaja dibuat oleh pihak lawan (hehehehe.. bidaah)
Perlawanan ke 3, tiada gambar kerana kesemua pemain mengalami truma serta phobia untuk bermain. Keputusan yang kami buat adalah sambung di tahun hadapan.
Akhir kata, berbekalkan semangat yang ada kita akan berlatih bersama belajar berlari semula, menyepak bola bersama untuk sukan yang mengeratkan persahabatan serta saling hormat menghormati. Semoga Allah beri kekuatan kepada kami untuk bermain atau berlatih sebelum waktu perlawanan.