+60197855810 nnizamy@utm.my
Select Page

Oleh: SITI PATONAH MUASHOT

Panglima – Kiyai Hj Salleh bin Abdul Karim.
Pesuruh Jaya Am – Kiyai Wak Joyo

a. Johor Selatan:

Ketua 1 – Kiyai Kusin
Ketua 2 – Kiyai Mashudi
Ketua 3 – Kiyai Mayor

b. Johor Timur:

Ketua 1 – Kiyai Saudi
Ketua 2 – Kiyai Maskan
Ketua 3 – Kiyai Sarbini

c. Johor Utara:

Ketua 1 – Kiyai Mustahir
Ketua 2 – Kiyai Shamsudin
Ketua 3 – Kiyai Shukur

Ketika tentera Jepun menduduki Malaya, maka tumbuhlah dua etnik penduduk Malaya ini, pemikiran dan tanggapan yang bertambah lebar jurang nya, iaitu perasaan curiga mencurigai diantara satu dengan yang lain. Dari jurang perbezaan ini, terbit lah bibit perbezaan perselisihan fahaman yang sememang nya telah wujud, seperti perbezaan bahasa, ugama dan dan juga budaya secara umumnya.

Dari segi politik, orang-orang Cina memang susah untuk mendahului orang Melayu.
Untuk memenuhi cita-cita politik orang Cina, maka tertubuhlah pergerakan “Bintang Tiga” yang membawa anasir komunis. Tujuan pergerakan ini ialah untuk memerintah Malaya dengan langkah awalnya menghalau tentera Jepun, dan langkah keduanya hendak mengalahkan orang-orang Melayu supaya Malaya menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Negara China.

Orang Melayu yang sangat kukuh semangat kebangsaannya, tetap mahu memelihara keutuhan negaranya dan Ugama Islam. Fahaman komunis tetap menunjukkan unsur-unsur yang mencabar prinsip pegangan orang-orang Melayu. Dari sudut yang lain pula, orang-orang Melayu sentiasa menganggap bahawa Malaya ketika itu bukanlah negara bagi etnik Cina, kerana kumpulan komunis ini dinominasikan oleh orang-orang Cina.

Orang-orang Cina di semenanjung ini pula telah mengikut pergolakan yang berlaku di negara China yang telah diduduki oleh Jepun ketika dalam perjalanannya hendak menduduki Asia Tenggara. Sebagaimana orang-orang China di negaranya menentang pendudukan Jepun, orang-orang Cina juga bersedia menentang Jepun.

Tentera Jepun memandang Rakyat China sebagai musuhnya, mengambil sikap bahawa orang Cina di Malaya juga sebagai musuhnya. Sebaliknya bagi orang-orang Melayu, Jepun itu sebagai kawan yang boleh menguntungkan mereka. Tanggapan yang baik itu wujud kerana orang Jepun yang berniaga di Malaya sebelum perang, mempunyai sikap yang baik dan menjual barang-barang dagangan mereka dengan harga yang murah. Orang-orang Melayu memang bersedia menyambut kedatangan Jepun.

Penubuhan Gerakan Anti Japan Army (MPAJA) iaitu cabang daripada gerakan komunis, telah melebarkan sayapnya ke kampung-kampung Melayu. Gerakan ini mudah disebut sebagai “BIntang Tiga” sahaja kerana logonya merupakan tiga bintang yang diletakkan dihadapan topinya. Pemimpin-pemimpin Melayu di kampung-kampung terpaksa menjadi ahli gerakan tersebut. Jika tidak nyawa mereka akan terancam. Yang demikian, terdapat ahli-ahli itu dikalangan orang Melayu dengan mempunyai ahli jawatan kuasa masing-masing. Diantara tugas yang pasti ialah memungut yuran dari setiap buah rumah untuk kepentingan gerakan itu.

Pada penghujung tahun 1945, terdapat khabar-khabar angin mengatakan, orang orang Cina hendak membunuh ulamak dan orang alim Melayu. Sebab itu setiap malam selepas maghrib ramai orang-orang alim bersembunyi di pondok-pondok kebun. Keadaan seperti ini berlaku selama tiga bulan. Tiga bulan lama nya orang-orang Cina komunis, mencari orang-orang alim. Ada juga orang-orang alim ini ditangkap, di isi di dalam guni di bawa ke dalam hutan hilang ghaib entah kemana. Tindakan orang orang Cina komunis membunuh orang-orang Melayu yang alim dan handal-handal dengan tujuan hendak memudahkan mereka bergerak tanpa ada halangan, yang tinggal ialah yang tidak berpelajaran.

Maka ramailah dari sehari ke sehari orang-orang alim Melayu hilang entah ke mana. Seorang Cikgu telah ditangkap dan dimasukkan ke dalam guni di tengah-tengah pasar Batu Pahat. Orang-orang Cina komunis ini berani bertindak demikian kerana mereka ada senapang, sedangkan orang Melayu tiada. Yang menjadi tali barut pun ohari Jumaat. Tindakan ini telah mengejutkan orang-orang Cina komunis yang masih belum bersedia. Mereka masih berada di rumah masing-masing, belum lagi berkumpul.

Orang-orang Melayu bertindak 12 jam lebih awal daripada orang Cina. Orang Cina yang yang tinggal di Sri Mendapat, Sri Bandan, Asam Bubuk, Parit Jawa, Parit Benggali, Parit Ahmad dan Parit Tabur habis dibunuh oleh kumpulan 500 hingga 600 orang Melayu. Dalam gerakan itu orang-orang Cina telah terkejut, orang kampung beramai-ramai membawa parang panjang kerana di kampung Haji Taib orang yang mempunyai senapang hanya seorang sahaja. “Kita ikut Nabi” orang Melayu mulakan pada hari Jumaat dalam bulan Ramadhan.

Di satu ketika yang lain pada hari Jumaat, selepas orang-orang Melayu selesai menunaikan solat Jumaat, datang seorang Cina seperti hendak meninjau orang-orang Melayu berkumpul di Masjid. Orang Cina itu telah ditangkap dan diikat di tiang bangsal masjid. Satu jam kemudian datang lagi empat orang Cina. Mereka juga diikat di tempat yang sama. Maka orang-orang Melayu mengagak, selepas ini mereka tidak akan datang empat lima orang, mereka akan datang beratus orang dan bersenjata. Di masjid itu hanya ada sepucuk senapang sahaja. Orang-orang Cina telah berkumpul di Parit Bandan, iaitu lebih kurang empat batu dari Kampung Asam Bubuk tempat orang Melayu berkumpul. Penduduk Parit Bandan majoriti nya orang Cina.

Rupa-rupanya orang-orang Cina di Parit Bandan telah berkumpul tetapi tidak ramai iaitu kira-kira tiga puluh orang. Setengahnya telah melarikan diri terlebih dahulu . Oleh kerana lima orang pengintipnya tidak balik, maka orang Cina yang tiga puluh orang itu menyerang. Orang Banjar bersenjatakan pedang, orang Jawa bersenjatakan keris. Masing-masing bersenjatakan sebilah parang panjang. Orang-orang Melayu berjaya membunuh semua tiga puluh orang Cina, dan merampas semua senapang serta pelurunya.

Peperangan ini berlarutan dari sehari ke sehari yang lain. Pergi pagi balik petang mengikut susunan jadual iaitu satu pasukan disertai oleh ketua dan pengikut seramai dua puluh orang. Operasi tidak bergerak serentak, sedikit-sedikit lebih kurang tiga puluh orang sahaja untuk menyerang dan membakar bagi tiga buah rumah. Senjata di tangan tidak boleh dibuka dari genggaman kerana telah di gam dengan darah musuh yang membeku.

Kebanyakan anggota kumpulan itu berkaki ayam, sebab menurut petua, kalau berkaki ayam kita dan jasad mesti berpijak ke tanah. Kerana kita datangnya dari tanah, ini satu cara mengukuhkan semangat juang. Semangat orang Melayu begitu tinggi kerana mereka mengambil pegangan kalau mati pun dikira mati syahid. Walaupun ada yang tercedera tetapi tidak mati. Mereka yang mati itu kerana tidak mengikut peraturan perang dan juga kehendak Allah SWT.

Dari Sri Bandan, Sri Mendapat, Asam Bubuk membawa ke Parit Khalid, Daripada Parit Benggali sampai ke Semberung, Sungai Biu, Parit Ahmad. Daripada Parit Jawa sampai ke Parit Tabur, semua orang Cina habis dibunuh tidak berbaki untuk dibuat benih.

Dalam satu ketika, apabila satu kumpulan besar orang Melayu hendak menyerang bandar Penggeram, pengikut-pengikutnya datang dari Parit Sulung, Ayer Hitam, Sungai Balang, Lubuk dan Bagan tempat mereka berkumpul. Disaat-saat akhir Datok Onn telah sampai ke Bagan. Tujuan kedatangan Datok Onn ialah untuk menghalang serangan yang akan dilancarkan oleh orang-orang Melayu. Beberapa orang Cina telah datang merayu, supaya Datok Onn dapat menyelamatkan Bandar Penggeram dari menjadi padang jarak padang tekukur, akibat serangan orang-orang Selempang Merah.

Menurut satu sumber yang lain, Datok Onn terpaksa bertindak sedemikian kerana beliau telah diugut oleh sekumpulan “Bintang Tiga”, kalau Datok Onn gagal menahan kemaraan tentera selempang merah, rumah Datok Onn yang telah dikepung akan dibakar bersama sama ahli keluarganya.

Pada hari esoknya Datok Onn telah memanggil semua Datok Penghulu di Batu Pahat, ketua-ketua bintang tiga dan ketua orang Cina di bandar Penggaram supaya berhimpun di dewan perniagaan Cina di Jalan Rahmat untuk membuat rundingan damai. Panglima Kiyai Salleh dan ketua bintang tiga bersama-sama Penghulu dan kaum Cina telah berjaya bersepakat menghentikan peperangan sengit itu.

Tak Tumbuh Tak Melata.. Tak Sungguh Orang Tak Kata..