Ular sememangnya haiwan yang agak menggerunkan. Lebih-lebih lagi spesis yang mematuk tu.

Kawasan Perkhemahan kita pun tidak lari dari dimasuki ular ni. Sebelum saya kongsikan tips untuk menghalau ular ni kita perlu tahu apa yang membuatkan ular tertarik untuk memasuki kawasan kita.

Cara paling terbaik untuk menghalau ular adalah dengan tidak mewujudkan persekitaran yang ular suka. Reptilia seperti ular ini tiada beza pun dari manusia. Mereka juga akan pergi ke tempat yang ada makanan dan air. Jika kawasan anda berdekatan dengan sumber air, kolam, tasik, parit dan sebagainya tinggi risiko untuk ular membuat kediamannya di kawasan anda.

Tapi ini tidak bermaksud anda perlu mewujudkan habitat ular di kawasan anda.

Ular sukakan:

– Kawasan yang lembap dan sejuk

– Berhampiran sungai, tasik atau parit

– Menyelusup masuk melalui rekahan batu/kayu

– Kawasan berumput panjang dan semak

Terdapat banyak sebab kenapa ular selalu muncul di bawah perlindungan atau di dalam timbunan kayu – di situ merupakan tempat kegemaran ular.

Halang ular masuk kawasan khemah anda dengan:

– Bersihkan segala serpihan kayu yang ada di keliling khemah

– Bersihkan semua timbunan daun

– Segera menebas rumput sekiranya rumput sudah tumbuh melebihi 1 inci

Anda juga boleh menghalau ular dengan menggunakan:

1. Ubat gegat

Ubat gegat dan ular bukan sahabat baik. Apa yang ubat gegat lakukan adalah merengsakan ular jadi ular akan menjauhkan diri sekiranya melihat ubat gegat.

Anda boleh gunakan ubat gegat dengan:

– Meletakkan di kawasan anda terlihat ular

– Meletakkan di sepanjang kawasan tapak khemah.

Nota: Ubat gegat sangat berkesan terhadap sesetengah ular dan ada yang langsung tidak memberikan kesan.

2. Serbuk belerang atau sulfur untuk ular

Anda boleh beli online serbuk belerang ini dalam bentuk pellet yang sememangnya boleh menghalau ular.

Matlamat adalah untuk membiarkan ular tersebut melalui lingkaran serbuk belerang. Jadi macam mana nak buat?

– Taburkan belerang tersebut di sepanjang perimeter kawasan khemah anda.

– Taburkan belerang berdekatan mana-mana laluan yang berpotensi untuk ular masuk

Jika anda tahu ular memasuki kawasan anda melalui lubang di keliling tapak khemah anda, anda mungkin mahu menutup lubang tersebut, namun anda juga boleh menaburkan belerang di hadapan lubang itu.

Belerang tersebut tidak akan menghalau ular kerana baunya. Ular perlu melalui pada belerang tersebut yang kemudiannya akan merengsakan kulitnya. Ular tidak akan mengulangi kawasan itu lagi.

Namun perlu berhati-hati kerana ular akan jadi marah. Belerang mungkin menghalau ular, namun ular akan marah dan menjadi lebih agresif apabila mereka kesakitan.

3. Produk komersial

Terdapat beberapa produk komersial dan penyembur ular yang dapat membantu menghalau ular.

Beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum menggunakan penghalau ular komersial:

– Keselamatan: Bahan kimia yang terdapat padanya mungkin merbahaya pada kanak-kanak, haiwan peliharaan mahupun golongan dewasa itu sendiri. Baca arahan dengan betul.

– Penggunaan untuk kawasan rumput: Jika anda sayangkan alam anda, bahan kimia yang terdapat pada produk penghalau ular boleh merosakkan rumput. Jadi pastikan produk yang anda beli itu mesra tumbuhan yang tidak akan menyebabkan kerosakan pada rumput yang kehijauan itu.

4. Tumbuhan yang menghalau ular (Pengusaha Tapak Perkemahan)

Salah satu tumbuhan yang dikatakan dapat menghalau ular adalah pokok bunga tahi ayam.

Pokok bunga tahi ayam adalah tumbuhan yang sangat cantik, berwarna merah dan kuning pokok ini boleh ditaman di mana sahaja untuk menambahkan warna pada tapak perkhemahan anda. Bunganya pun cantik juga.

Sebagai bonus tambahan pokok bunga tahi ayam juga dikatakan dapat menghalau nyamuk!

5. Minyak kulit kayu manis dan minyak bunga cengkih

Anda boleh menghasilkan sendiri penyembur penghalau ular yang sangat berkesan.

Apa yang anda perlukan adalah:

– Satu galon air dalam baldi

– Campurkan 4 ke 8 titik setiap minyak tersebut

– Tuangkan ke dalam botol penyembur

Anda boleh menyembur sebanyak mana anda suka. Campuran ini boleh digunakan di luar dan di dalam khemah – baunya sedap juga. Bau rempah-rempah gitu.

Bonus: kaedah bola kapas

Rendamkan bola kapas dalam minyak yang sama dan letakkan di tempat yang strategik di dalam mahupun di luar khemah anda. (Pastikan kutip balik sebelum meninggalkan kawasan perkhemahan.

6. Ammonia

Ular sangat tidak sukakan bau ammonia. Rendamkan kain perca dengan ammonia dan letakkan di kawasan di mana ular berkemungkinan berada.

7. Rambut anda sendiri

Seperti kita tidak sukakan ular, ular juga sebenarnya tidak suka kehadiran manusia. Kumpulkan rambut anda dan taburkan di sepanjang perimeter kawasan perkhemahan anda. Ular akan menghidu bau rambut anda dan menjauhkan diri dari kawasan tersebut.

(Kalau jumpa rambut yg luarbiasa panjang jgn di kacau.. carik tapak khemah lain ?)