+60197855810 nnizamy@utm.my
Select Page

Kerajaan Arab Saudi telah menghalang rakyatnya sendiri untuk memasuki Kota Mekah bagi mengerjakan ibadah umrah kerana risiko COVID-19.

Bagaimanapun, pihak berkuasa terbabit tidak menjelaskan mengenai tempoh halangan kemasukan tersebut akan dikenakan. Sebelum ini, kemasukan warga asing ke Kota Mekah dan Madinah akibat risiko penularan COVID-19. 

Sekatan itu telah membantutkan rancangan perjalanan jutaan umat Islam yang telah membuat persiapan untuk mengerjakan umrah. Ia juga menjejaskan jutaan lagi jemaah yang ingin mengerjakan ibadah pada bulan Ramadan dan musim Haji yang bakal tiba tidak lama lagi. 

Ini bukan kali pertama Ibadah Haji di tutup. Mengikut sejarah sudah 40 kali iaitu antaranya : 

1. 930M : Hajar Aswad dicuri dan dikembalikan semula selepas 22 tahun. 

2. 983M : Perselisihan antara Bani Abbas dan Bani ‘Abid. 8 tahun muslim dari Iraq tidak dibenarkan mengerjakan haji. 

3. 1257M : Penduduk Hijaz dilarang mengerjakan haji 

4. 1814M : Wabak Taun sehingga mengorbankan 8000 jemaah. 

5. 1831M : Wabak Hindi akibatkan 3/4 jemaah terkorban 

6. 1837M : Tiada haji kerana wabak dan diikut tiga tahun berikutnya. 

7. 1846M : Wabak Kolera 

8. 1850M : Wabak Kolera 

9. 1858M : Berlaku wabak sehingga penduduk Hijaz berpindah ke Mesir 

10. 1864 : Wabak bahaya di Madinah memgorbankan 1000 jemaah 

11. 1865M : Wabak Kolera 

12. 1883M : Wabak Kolera 

13. 1992M : Wabak Kolera 

14. 1895 : Wabak Typus 

15. 1987 : Wabak Miningitis 

16. 2020 : Wabak COVID-19

 

Semoga yang terpilih menjadi tetamu ALLAH tahun 2020 akan turut sama terpilih bersama jutaan jemaah dari seluruh dunia. Kalau ditakdirkan dapat Ibadah pasti ada hikmah disebalik segala ketentuan ALLAH.
Jangan bersedih. Teruskan berdoa semoga wabak ini hilang dengan segera.