Adakah anda berpuashati dengan capaian internet? Bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar dan ada juga yang berada di dalam kawasan kampung yang menggunakan internet untuk menyambung tugasan di rumah.

Internet sekarang bukan sekadar untuk melihat facebook, aplikasi media sosial malah ia berkembang hingga ke peralatan di rumah. TV keluaran baharu mempunyai pilihan samaada untuk memasang wayar/tanpa wayar internet di TV. Aplikasi secara mobile telah berkembang hingga pengeluaran duit hinggalah kepada aplikasi yang membantu memudahkan kerja-kerja manusia.

Sekiranya anda gemar mengembara, internet sangat membantu dengan mengetahui perkembangan semasa ketika berada di negara orang atau ingin melihat jadual penerbangan dan juga untuk menempah hotel.

Pada tahun 2019, 5G telah diperkenalkan di Malaysia ini, tapi sejauh manakah fungsi 5G ini kepada pengguna. Di Korea Selatan dan Amerika Syarikat telah berlumba-lumba untuk memasang perisian 5G ini. Selari dengan pengenalan rangkaian selular generasi baharu, kajian daripada portal OpenSignal telah mengeluarkan senarai kelajuan muat turun dan muat naik menerusi capaian Internet selular di 87 negara utama dunia.

Malaysia berada ditangga ke-42 dalam senarai kelajuan muat turun berbanding tangga ke-54 pada Oktober tahun lalu.
Kelajuan muat turun purata di Malaysia ialah 11.5 Mbps berbanding 10.21 Mbps sebelum ini. Dari segi kelajuan muat turun pula, Malaysia di tangga ke-56 dengan kelajuan purata 4.6 Mbps.

 

Korea Selatan masih kekal di tangga teratas dengan kelajuan muat turun purata 52.4 Mbps diikuti oleh Norway (48.2Mbps), Kanada (42.5 Mbps), Belanda (42.4 Mbps) dan Singapura (39.3 Mbps). Korea Selatan ialah negara pertama di dunia yang mampu memberikan kelajuan purata internat selular melangkaui 50 Mbps.