+60197855810 nnizamy@utm.my
Select Page

Bermula 10 Jun 2020, kerajaan telah menetapkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di semua peringkat seluruh negara. Berikutan itu, beberapa cadangan kawalan kendiri, pematuhan panduan di tempat umum dan elemen kebersihan merupakan penekanan dalam fasa ini. UTM sebagai institusi yang sentiasa menyokong usaha kelestarian akan memperkenalkan beberapa panduan asas pasca CoViD-19 bagi membantu proses sendiri selain meneruskan usaha sediada terutama mengenai inisiatif Kampus Tanpa Plastik Sekali-Guna, Pengurusan Sisa Sifar (Zero Waste Management) dan  Kampus Rendah Karbon. Justeru, bermula pasca CoViD-19 pihak UTM menyarankan aspek-aspek tersebut diberikan penekanan menerusi pendekatan kawalan kendiri secara efektif. Berikut adalah antara panduan yang boleh dilaksanakan

Panduan Prosedur Penggunaan Bekas Sendiri di Kampus

1. Digalakkan urusan pembelian makanan/minuman berkonsepkan “Bawa Pulang” sahaja di setiap premis kantin/kafe kampus.
2. Staf/pelajar perlu membawa bekas makanan/minuman sendiri dengan mengamalkan panduan kebersihan daripada pihak berkuasa.
3. Sentiasa mematuhi arahan penjarakan sosial dan menjaga kawalan kendiri di kantin/kafe/tempat umum
4. Penjadualan untuk mengatur pengiliran waktu rehat dan pembelian makanan untuk mengelakkan kesesakan di tempat umum.
5. Bekas makanan dan minuman adalah untuk diri sendiri dan tidak digalakkan berkongsi
6. Bawa keperluan sanitasi yang sesuai dan bahan pembersih sendiri
7. Sentiasa membasuh tangan dan bekas makanan sebelum dan selepas menyentuh makanan