PADU adalah PANGKALAN DATA UTAMA yang mana ianya mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas di Malaysia. Maklumat profil ini akan dikemaskini secara berkala melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber.
Untuk apa PADU diwujudkan
Untuk memastikan anda menerima manfaat berbentuk bantuan atau perlindungan (sekiranya layak) daripada pelbagai inisiatif Kerajaan berfokuskan rakyat.
Bila pengisian PADU boleh dilakukan
Bermula dari 2 Januari 2024 sehingga 31 Mac 2024.
Banyak ke maklumat perlu diisi
variable @ maklumat diri yang perlu isi.
Bagaimana keterjaminan data PADU
Segala maklumat dan data PADU diklasifikasikan sebagai RAHSIA dan SULIT.
PADU mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas di Malaysia. Maklumat profil ini akan dikemas kini secara berkala melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber. Melalui ekosistem ini, rakyat boleh membuat semakan dan pengemaskinian maklumat secara terus dalam sistem PADU.
Objektif PADU
Penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi penghasilan analitik berkala dan digitalisasi tanpa ketirisan.
Penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data.
Mengimbangi kedudukan fiskal menerusi pelaksanaan dasar secara bersasar.
Matlamat PADU
Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
Melaksanakan pengukuhan dalam penggunaan sumber yang terhad.
Melaksanakan pemerkasaan sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat.
Merapatkan jurang sosioekonomi dengan memenuhi keperluan rakyat serta mengimbangi pembangunan.
Non-Academic Staff Personal Site
“Kita tidak boleh ubah muka yang buruk kepada hensem atau cun giler... TAPI kita boleh ubah perangai kita daripada buruk kepada yang lebih baik dan terpuji....”