Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan emel dari Bahagian Pengurusan Organisasi (BPO), Jabatan Pendaftar bertarikh 24 Januari 2024 adalah berkaitan.
- Untuk makluman, pihak universiti melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) Bil.14/2023 bertarikh 8 Ogos 2023 dan Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Bil.128 bertarikh 26 Oktober 2023 telah meluluskan pelaksanaan Pemeriksaan Kesihatan Staf UTM.
- Pelaksanaan ini bertujuan untuk mengetahui tahap kesihatan staf UTM serta membuat pengesanan awal terhadap risiko penyakit yang dialami oleh staf bagi mendapatkan rawatan optimum secepat mungkin. Berikut ialah syarat pemeriksaan kesihatan tersebut:
- a)Kemudahan ini DIBERI kepada semua staf BERUMUR 40 TAHUN DAN KE ATAS;
- b)Pemeriksaan ini adalah di bawah tanggungan Universiti dan tiada penolakan dari kos rawatan staf.
- c)Temujanji pemeriksaan kesihatan ditentukan oleh Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dan PKU akan membuat penyusunan jadual mengikut PTJ dan tarikh temujanji akan dimaklumkan.
- d)Pemeriksaan akan dijalankan melalui 2 temujanji :
- Temujanji Pertama : Pemeriksaan Fizikal, Pengambilan Sampel Darah serta diberi tarikh untuk temujanji kedua.
- Temujanji Kedua : Consultation bersama doktor perubatan di PKU berdasarkan hasil keputusan pemeriksaan daripada Temujanji Pertama.
- e)Pemeriksaan kesihatan ini hanya boleh dibuat di Pusat Kesihatan UTM Sahaja.
- f)Saringan kesihatan adalah bagi pengesanan Penyakit Tidak Berjangkit seperti Penyakit Darah Tinggi, Kencing Manis, Kolestrol Tinggi.
- g)Laporan Kesihatan yang diperoleh akan direkodkan dalam sistem UTMHR .
- Sehubungan dengan itu,pelaksanaan pemeriksaan kesihatan yang diedar sebelum ini telah dikemaskini semula dan tiada lagi edaran consent letter. Staf yang berumur 40 tahun dan ke atas digalakkan untuk melaksanakan pemeriksaan kesihatan dengan mengisi google form di pautan http://tinyurl.com/5388frf2bermula pada 23 Januari sehingga 8 Februari 2024.