Alat AED ataupun Automated External Defibrillator ( Defiblator Luaran Automatik) mempunyai fungsi sebagai alat yang digunakan untuk menyelamatkan pesakit yang diserang sakit jantung secara-tiba-tiba di tempat awam. 

Kepentingan AED

AED adalah penyelamat. Alat ini memainkan peranan penting dalam bertindak balas terhadap serangan jantung. 

Penting untuk ambil perhatian bahawa peluang untuk hidup berkurangan sebanyak 7% hingga 10% dengan setiap minit yang berlalu tanpa memulihkan degupan jantung yang normal. CPR (resusitasi kardiopulmonari) yang serta-merta dan penggunaan AED boleh menggandakan kebarangkalian seseorang untuk terus hidup.

AED adalah untuk kegunaan oleh orang awam. Selamat, tepat, mudah alih dan mudah dikendalikan. Kakitangan bukan perubatan, seperti polis, bomba, pramugari dan pengawal keselamatan dilatih dengan AED.

Walaupun latihan AED formal tidak wajib, amat disyorkan kerana latihan dapat membantu meningkatkan keyakinan anda dalam mengendalikan peranti.