Kepada semua penjawat awam dan kakitangan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), perancangan kewangan bulanan yang bijak bermula dengan mengetahui tarikh kemasukan gaji. Jabatan Bendahari UTM telah mengeluarkan Jadual Pembayaran Gaji dan Elaun Bagi Tahun 2026 secara rasmi.

Sama ada anda bertugas di kampus induk UTM Skudai, Johor mahupun UTM Kuala Lumpur, berikut adalah panduan lengkap tarikh gaji, tarikh akhir tuntutan Elaun Lebih Masa (ELM), serta cuti umum berkaitan untuk rujukan anda sepanjang tahun 2026.

Ringkasan Jadual Gaji & Elaun UTM 2026

Untuk memudahkan anda, kami telah menyusun semula data jadual pembayaran ini mengikut turutan bulan beserta tarikh penting yang perlu anda alert:

Bulan Gaji (2026) Tarikh Terima Gaji Hari Tarikh Akhir Tuntutan Elaun Lebih Masa (ELM)
Januari 22.01.2026 Khamis  
Februari 12.2.2026 Khamis  
Mac 16.3.2026 Isnin  
April 20.4.2026 Isnin  
Mei 21.5.2026 Khamis  
Jun 25.6.2026 Khamis  
Julai 23.7.2026 Khamis 15.6.2026 (ELM Mei 2026)
Ogos 24.8.2026 Isnin  15.7.2026 (ELM Jun 2026)
September 24.9.2026 Khamis 14.8.2026 (ELM Jul 2026)
Oktober 22.10.2026 Khamis 14.9.2026 (ELM Ogos 2026)
November 25.11.2026 Rabu 15.10.2026 (ELM Sept 2026)
Disember 21.12.2026 isnin 13.11.2026 (ELM Okt 2026)

Perkara Penting Yang Perlu Staf UTM Ambil Tahu

1. Tarikh Akhir Penghantaran Tuntutan Elaun Lebih Masa (ELM) Bagi mengelakkan kelewatan bayaran elaun, pastikan semua borang dan dokumen tuntutan dihantar kepada Jabatan Bendahari sebelum atau pada tarikh akhir yang ditetapkan (kebiasaannya pada pertengahan bulan sebelumnya). Contohnya, tuntutan ELM untuk bulan April 2026 mestilah diselesaikan sebelum 12 Mac 2026.

2. Waktu Pemindahan Kredit ke Akaun Bank Masa penerimaan gaji ke akaun bank staf adalah tertakluk dan bergantung kepada proses bank masing-masing. Sekiranya YBhg. Prof./Saudara masih tidak menerima emolumen pada hari berikutnya, sila hubungi talian sambungan Jabatan Bendahari.

3. Hubungi Urus Setia Gaji UTM Jika terdapat sebarang masalah atau kemusykilan berkenaan slip gaji atau e-penyaduran, anda boleh menghubungi pihak Bendahari melalui:

  • Talian VOIP: 32389 / 32374 / 32335 / 35663 / 32366 / 32426 / 32391 / 32404

  • E-mel Rasmi: bursary-salary@utm.my

Kepentingan Merancang Kewangan Mengikut Jadual Gaji

Dengan mengetahui tarikh gaji UTM ini, staf akademik mahupun pelaksana boleh menguruskan aliran tunai dengan lebih efisien, terutamanya pada bulan-bulan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada Mac 2026, di mana perbelanjaan isi rumah biasanya meningkat.

Jangan lupa untuk penanda buku (bookmark) halaman ini bagi memudahkan anda membuat semakan pantas pada bila-bila masa!