Salam dan selamat sejahtera semua,

Sekadar nak berkongsi sikit rasa syukur dan gembira di blog peribadi ini. Tak sangka pula nama tersenarai sebagai finalis untuk beberapa kategori dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Penghargaan UTM (Citra Karisma 2026).

Syukur sangat-sangat, untuk kejayaan ini saya dapat tercalon bagi 3 kategori:

Kategori Individu:

  • Anugerah Webometrics – Kategori Individu

     

Kategori Berkumpulan:

  • Anugerah Teknologi Maklumat – Kategori Fakulti (bersama Timbalan Pendaftar Kanan, Encik Kamsaini bin Kamaruddin)

  • Anugerah Webometrics – Kategori PTJ Akademik (bersama Pengerusi Jawatankuasa Laman Web FKA Ts. Dr. Mohd Nur Asmawisham bin Alel)

Kejayaan tercalon sebagai finalis ini sebenarnya hasil usaha bersama dan sokongan padu daripada rakan-rakan sepasukan di Fakulti Kejuruteraan Awam serta seluruh warga FKA UTM. Tanpa kerjasama korang semua, tak mungkin saya sampai ke tahap ini.

Majlis telah berlangsung pada 24 September 2026 (Khamis) di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru.


Tahniah buat Team OSHE FKA kerana memenangi Anugerah Persekitaran, Keselamatan dan  Kesihatan Pekerjaan (Kategori Fakulti A, UTM JOHOR BAHRU) TAHUN 2025 … untuk pengetahuan semua ini merupakan kali ke 2 menjuarai anugerah ini.

Terima kasih atas segala dorongan dan sokongan yang diberikan selama ini! Marilah bersama kami untuk meningkatkan lagi keterlihatan FKA dengan lebih besar lagi.

– Noranizam Demin