Salam dan selamat sejahtera semua,
Sekadar nak berkongsi sikit salah satu aktiviti kepakaran dan pengalaman manis yang sempat saya kendalikan di fakulti β Website Workshop: Connecting FKA to the World! πβ¨
Sebagai sebahagian daripada warga IT di Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), saya berpeluang mengendalikan kelas dan bengkel pengurusan laman web khas untuk para pensyarah serta staf akademik kita.
Fokus utama sesi ini adalah untuk memperkasakan digital presence dan keyakinan dalam mengurus kandungan web akademik. Antara topik yang kami selami secara hands-on merangkumi:
- Building Digital Confidence: Membantu para pensyarah mengemaskini serta mengurus profil dan kandungan web fakulti dengan lebih yakin.
- Clearer Content, Stronger Connections: Cara menyusun maklumat secara berkesan supaya lebih mesra pengguna, jelas, dan mudah dicapai oleh komuniti luar serta pelajar antarabangsa.
- Advancing FKA’s Digital Presence: Menyokong usaha digitalisasi fakulti agar maklumat kepakaran, penyelidikan, dan pencapaian FKA sentiasa relevan dan setanding peringkat global.
Memang seronok tengok komitmen dan semangat para pensyarah yang sangat sporting mengendalikan platform digital masing-masing! Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang hadir dan memberikan kerjasama padu sepanjang bengkel berlangsung.
Ingin Tahu Lanjut & Baca Liputan Penuh?
Liputan penuh berkenaan pelbagai aktiviti, pencapaian penyelidikan, serta liputan program fakulti ini turut dimuatkan secara eksklusif dalam FKA e-Bulletin.
Korang boleh baca e-buletin rasmi dan ikuti laporan lengkap edisi terkini terus melalui pautan ini:
π Klik Di Sini Untuk Baca FKA e-Bulletin
Jom singgah baca dan sokong usaha digitalisasi FKA UTM bersama-sama!
β Noranizam Hj Demin
