Harap semua berhati-hati sekiranya menerima mesej yang menghantar fail mampatan berformat ⁠.zip⁠ (seperti contoh: “Account Statement.zip”) sama ada daripada kenalan mahupun nombor tidak dikenali. 

Taktik Scammer:
Menghantar fail berformat ⁠.zip⁠ kononnya berkaitan dokumen penting (cth: penyata akaun, resit bayaran, invois kewangan). 
Meminta penerima memajukan (forward) fail tersebut kepada pihak lain seperti bahagian kewangan / akaun atau membukanya untuk semakan. 

Bahaya: Di dalam fail ⁠.zip⁠ tersebut berkemungkinan besar terdapat perisian hasad (malware / trojan) atau fail ⁠.apk⁠ berbahaya yang boleh mencuri maklumat perbankan, kata laluan serta menggodam peranti anda jika diekstrak dan dibuka!
Tindakan Anda:
1.⁠ ⁠JANGAN muat turun atau buka fail ⁠.zip⁠ tersebut.
2.⁠ ⁠Sahkan (Confirm) dahulu dengan penghantar melalui saluran lain (cth: buat panggilan suara secara terus) untuk memastikan sama ada mesej itu sahih atau akaun mereka telah digodam.
3.⁠ ⁠Jangan panjangkan (forward) mesej tersebut kepada rakan sekerja atau pihak lain. 
4.⁠ ⁠Sekiranya ragu-ragu, segera padam perbualan dan sekat nombor berkenaan.
Kongsikan peringatan ini kepada rakan sekerja, keluarga, dan kenalan anda agar tidak menjadi mangsa!

⚠️ SECURITY ALERT: LATEST SCAM TACTIC USING .ZIP FILES! ⚠️

Please be vigilant if you receive any message containing a compressed ⁠.zip⁠ file (e.g., “Account Statement.zip”), whether from a known contact or an unfamiliar number. 

The Scam Tactic:
Scammers send a ⁠.zip⁠ file masquerading as important official documents (e.g., bank statements, payment receipts, financial invoices). 
They instruct recipients to forward the file to others, such as the Finance/Accounts department, or to open it to check for discrepancies. 
The Risk: Hidden inside the ⁠.zip⁠ file is often dangerous malware, trojans, or malicious ⁠.apk⁠ files designed to compromise your device, hijack accounts, or steal banking credentials once opened.

What You Should Do:
1.⁠ ⁠DO NOT download or open the ⁠.zip⁠ file.
2.⁠ ⁠Verify directly with the sender via a separate channel (e.g., direct phone call) to confirm if the message is genuine or if their account has been compromised.
3.⁠ ⁠DO NOT forward the file to colleagues or other departments. 
4.⁠ ⁠If suspicious, delete the message immediately and block the sender.
Share this alert with your team, family, and friends to keep everyone safe!