Encik Noranizam bin Haji Demin
Sekolah Komputeran
Melalui dan salinan:
Dekan
Fakulti Kejuruteraan UTM Johor Bahru
Saudara,
ARAHAN PERTUKARAN
Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti dengan mengambil kira kemajuan kerjaya dan kepentingan organisasi telah membuat keputusan pertukaran saudara (No. Pekerja : **** – Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Gred F29) dari Sekolah Komputeran, Fakulti Kejuruteraan, UTM Johor Bahru ke Fakulti Sains, UTM Johor Bahru berkuat kuasa mulai 8 Julai 2018 (Ahad).
- Sehubungan itu, saudara dikehendaki melaporkan diri di ke Bahagian Sumber Manusia, Fakulti Sains, UTM Johor Bahru pada tarikh berkenaan. Saudara juga dikehendaki menyediakan Nota Serah Tugas kepada staf yang akan mengambil alih tugas saudara nanti.
- Saudara juga adalah bertanggungjawab untuk mengemaskini kemudahan User ID / komputer khususnya untuk mengakses sistem maklumat UTMHR serta lain-lain (jika ada) di jabatan/fakulti baharu saudara.
Sekian, terima kasih.
“Berkhidmat untuk Negara”
sehubungan dengan itu, aku yang menurut perintah telah mendaftarkan diri di Fakulti sains dan bersua dengan Puan Hanifah (TP ketika itu) sebelum diserahkan kepada En Zainudin Abdul Karim (Pengurus IT).
Penempatan aku adalah di Center For Sustainable Nanomaterials (CSNano) di bangunan N31 di bawah jagaan Pengarah CSNano Prof Hadi Nur.