Perlawanan pada 30 Ogos 2019 yang lalu yang berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Jordan dengan jaringan 0-1.
Perlawanan ini merupakan aksi pemanas badan bagi kedua-dua pasukan untuk mengharungi kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 — Malaysia bakal berdepan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, sementara Jordan bertemu Taiwan, Khamis depan.
Permulaan yang agak goyah ditampilkan oleh skuad negara digunakan sebaik mungkin oleh pasukan pelawat dengan jaringan ketua pasukan Jordan, Saeed Morjan.
Kesilapan yang dilakukan oleh jentera tengah negara banyak memberi ruang kepada pasukan lawan untuk menyerang. Serta memberi igauan buruk kepada jentera pertahanan negara dengan beberapa cubaan berbahaya dapat dilakukan oleh pasukan pelawat.
Terdapat beberapa percubaan berbahaya dapat dilakukan oleh pasukan negara oleh Hadin Azman yang gagal menyambut kemas hantaran Brandan Gan.
Pada separuh masa kedua, Pasukan negara bagai disuntikoleh semangat yang ditiupkan oleh Ultras Malaya, dengan beberapa percubaan berbahaya oleh Syafiq Ahmad, Norshahrul Idlan Talaha dan Safawi Rasid yang hampir menembusi gawang lawan.
Beberapa kemasukan pemain juga menampakkan impak perlawanan tetapi sayang wisel penamat telah dibunyikan.
Cheng Hoe turut berkongsi mutu permainan skuad kendaliannya, dengan berkata, “Bermula perlahan tetapi Malaysia bangkit dalam separuh masa kedua.
“Perkara paling penting, kami mula mengenal pasti setiap perkara positif dan negatif dalam perlawanan ini.
“Pujian harus diberikan kepada pemain-pemain yang mempamerkan kebangkitan dan beraksi di pentas ini. Mengekalkan rentak permainan sangat penting.”
Akhir kata, banyak lagi yang perlu diperbaiki untuk mara menentang Indonesia di Stadium Bung Karno nanti.