+60197855810 nnizamy@utm.my
Select Page

Pusat teknologi Termampan (CSNANO) telah mengadakan klinik blog kepada staf. Seramai 7 orang termasuk Pengarah CSNANO telah hadir. Aku telah ditugaskan untuk berkongsi kepakaran sungguhpun aku ni amat baru dalam dunia web mahupun blog.

Dengan masa yang agak pendek peserta dapat memahami perkara asas seperti Post, Page dan Theme DIVI.

Pengarah CSNANO, PM Dr Nik Nizam meminta untuk menyambung sesi klinik ini pada minggu hadapan pada tarikh yang sama.

Secara keseluruhan peserta dapat mencipta laman web sendiri melalui People.utm.my dan antara mereka telah mula untuk merekabentuk web dengan mengikut kehendak mereka sendiri dan bagi memantau perkembangan peserta, aku telah mewujudkan pautan kepada program klinik blog ini.