+60197855810 nnizamy@utm.my
Select Page

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha ataupun Eid al-Adha.

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى ‘Eid Ul-Aḍḥa), Hari Raya Korbanatau Hari Raya Haji ialah perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia. Ini bagi menghormati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail sebagai tindakan mematuhi perintah Allah SWT.

Perbezaan antara kedua hari raya ini adalah aidilfitri di sambut pada 1 Syawal manakala aidiladha pada 10 Zulhijjah pada setiap tahun. Ini sudah cukup membezakan antara kedua ini.
Tetapi perkara sunat yang boleh dilakukan pada aidilfitri sunat makan sebelum solat hariraya.
manakala aidiladha disunatkan supaya tidak makan sebelum solat sunat hariraya. Jadi kebiasaan anda belasah je kan .. hehehe takpe perkara sunat dibuat dapat pahala.

Sunat bagi menyegerakan solat sunat biasanya dilakukan pada hariraya korban kerana ia perlu dilakukan supaya urusan penyembelihan dapat dilakukan dengan lebih segera. Manakala ketika hariraya aidilfitri disunatkan agar melambatkan sedikit bagi memberi laluan kepada pembayar zakat fitrah untuk melunaskan urusan tersebut.

Bagi takbir hariraya aidilfitri bermulanya maghrib 1 syawal sehingga selesai solat sunat aidilfitri dan aidiladha pula takbir bermula pada 9 – 13 zulhijjah.

Tiada ibadah korban dan tiada ibadah haji pada hariraya aidilfitri.
Pada hariraya korban, ibadah korban disunatkan dilakukan selepas khutbah raya sehingga Asar 13 zulhijjah, manakala ibadah haji bermula 8-13 zulhijjah.

Semoga bermanfaat kepada anda semua.