Pengurusan Permohonan dan Kelulusan CUTI SAKIT 90 HARI PERTAMA melalui Modul Pergerakan UTMHRV2
LATAR BELAKANG CUTI SAKIT
- Cuti Sakit merupakan cuti atas sebab perubatan yang diberikan kepada Pegawai yang telah disahkan tidak sihat untuk bertugas oleh Pegawai Perubatan atau oleh sesebuah Lembaga Perubatan atau oleh seorang ahli Panel Doktor.
- Pengesahan tidak sihat hendaklah dibuktikan dengan sijil sakit.
- Pegawai perlu mengemukakan sijil sakit kepada Ketua Jabatan/Ketua Setiausaha bagi membolehkan cuti sakit diluluskan
- Termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am
- Semua Cuti Sakit dihabiskan di hospital atau di rumah melainkan jikalau ditetapkan oleh seorang pegawai perubatan sebaliknya.
**Mulai 10 September 2024, proses permohonan Cuti Sakit 90 hari pertama perlu diisi di dalam Modul Pergerakan UTMHRV2. Ketua Jabatan/ Pelulus Cuti juga dikehendaki melulus/ tidak meluluskan permohonan staf di dalam Modul tersebut.
PROSES KERJA PERMOHONAN DAN KELULUSAN DI
MODUL PERGERAKAN
1. TINDAKAN STAF
Staf yang diberi Cuti Sakit perlu membuat permohonan di dalam Modul Pergerakan UTMHRV2 dengan melampirkan sijil cuti sakit tersebut (sijil cuti sakit boleh dimuatnaik dalam format.pdf, jpeg,.png)
2. TINDAKAN STAF
Setelah Pegawai Pelulus meluluskan Cuti Sakit, staf perlu mencetak borang Maklumat Sijil Cuti Sakit dan tampal sijil asal pada borang. Borang itu perlu diserahkan kepada Pegawai PSM atau Kerani Cuti dalam tempoh lima (5) hari bekerja setelah diluluskan.
TINDAKAN PEGAWAI PELULUS CUTI
Pegawai Pelulus akan menerima notifikasi emel.
Pegawai perlu meluluskan permohonan Cuti Sakit di dalam Modul Pergerakan UTMHRV2 (kaedah yang sama seperti meluluskan Cuti Rehat). Kelulusan ini adalah kelulusan bersyarat.
TINDAKAN PEGAWAI PSM/ KERANI CUTI
Pegawai PSM atau Kerani Cuti yang telah menerima borang Maklumat Sijil Cuti Sakit perlu membuat semakan dan pengesahan lulus di dalam Sistem.
PAPARAN REKOD KEHADIRAN
Setelah Pegawai PSM atau Kerani cuti membuat pengesahan Kelulusan, rekod kehadiran akan terus memaparkan maklumat Cuti Sakit staf.
untuk lebih lanjut sila lihat lampiran yang telah disediakan disini.
Seksyen Perkhidmatan dan Saraan (SPKS)
Bahagian Inovasi Digital
Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Perkhidmatan Digital
Jabatan Pendaftar
spks@utm.my
8 September 2024