Sedikit perkongsian yang dapat dikongsikan bersama ketika melakukan kerja-kerja menaik taraf laman web rasmi/tidak rasmi dengan menggunakan tema DIVI.
Tema ini merupakan tema yang sangat popular ketika ini dengan pelbagai aplikasi yang boleh membantu meningkatkan serta menyerlahkan kreativiti seorang pereka web.
Langkah permulaan anda perlu login ke dalam akuan pentadbir laman web tersebut ataupun blog persendirian.
Kerana menggunakan tema DIVI anda lebih mudah memasuki serta mengubah suai ‘layout’ mengikut citarasa anda.
Fullwitdh slider ini mempunyai 2 collumn dan sesuai sekiranya anda ada gambar yang sesuai yang boleh digunakan. Maka anda tidak perlu untuk membuat suntingan pada keseluruhan kanvas poster lebar.
Anda masuk ke fullwidth slider serta masukkan segala keperluan disitu samada anda ingin memasukkan kedua column tersebut gambar dan tulisan… ataupun gambar keduanya mengikut keperluan dan citarasa pengendali laman web.
Anda juga boleh mematikan beberapa fungsi butang didalam ‘elements’. Juga dapat membuat link kepada mukasurat yang lain di bawah fungsi ‘link’.
Menjadikan slider image menjadi lebih menyerlah dengan memasukkan warna latarbelakang.
Kemudian masuk ke menu ‘design’ disinilah sekiranya anda mahukan kepelbagaian watak animasi dengan contoh ini saya memilih untuk mematikan ‘animation style’ dan hanya memilih ‘automatic animation’ iaitu lebih dikenali sebagai slider.
anda juga boleh menentukan jarak masa antara slide pertama dan kedua.
Semoga bermanfaat.