JEMPUTAN PENYERTAAN KE PERTANDINGAN USAHAWAN INOVASI PIALA MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA 2019
by nnizamy | Sep 9, 2019 | blog |
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menganjurkan Pertandingan Usahawan Inovasi Piala Menteri Pendidikan bagi tahun 2019. Pertandingan ini merupakan antara inisiatif pihak Kementerian dalam menambahbaik ekosistem yang menyokong pembangunan keusahawanan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) selaras dengan inisiatif job creator framework di bawah Lonjakan 1, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2016-2025 dan Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi 2016-2020 untuk melahirkan graduan berciri keusahawanan unggul dan meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan.
Objektif penganjuran Pertandingan Usahawan Inovasi ini adalah untuk:
- Memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar IPT untuk mengembangkan idea dan kreativiti inovasi keusahawan melalui rancangan perniagaan;
- Meningkatkan jaringan perniagaan antara pelajar IPT dan industri melalui aktiviti keusahawanan; dan
3. Menggalakkan pelajar IPT menghasilkan produk inovasi dan reka cipta yang berkualiti serta mempunyai nilai komersial yang tinggi untuk dipromosikan ke pasaran global dan lebih berdaya saing.
4. Sehubungan itu, kami berbesar hati menjemput pelajar pra-siswazah UTM di Fakulti / Sekolah YBhg. Tan Sri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Prof/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puanuntuk mengemukakan penyertaan ke Pertandingan Usahawan Inovasi ini. Garis panduan dan format penghantaran penyertaan adalah seperti di Lampiran A atau boleh didapati dengan menghubungi Pejabat UTM XCITE melalui talian 07-5535104 / 5536809 (Cik Zetty Raihan / En. Nabil Fikri) atau e-mel ke zetty@utm.my / m_nabilfikri@utm.my. Tarikh akhir penghantaran dokumen penyertaan kepada UTM XCITE ialah pada 15 September 2019 (Ahad), jam 5.00 petang.
Setiap penyertaan juga hendaklah didaftarkan menerusi link pendaftaran iaitu http://bit.ly/2lqbjWO
bagi tujuan rekod semakan sekretariat sebelum penyerahan dokumen-dokumen yang diperlukan.
5. Perhatian dan kerjasama YBhg. Tan Sri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Prof/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan dalam memanjangkan perkara ini kepada para pelajar UTM dan sekaligus menggalakkan penyertaan mereka ke pertandingan ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.