Dimaklumkan bahawa waris yang menguruskan jenazah pesara kerajaan boleh membuat tuntutan Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
π° Berapakah amaun bantuan?
Amaun bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM3,000.
π Tempoh Permohonan
Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kematian pesara. Permohonan yang lewat daripada tempoh ini tidak akan dipertimbangkan.
β Siapakah yang layak membuat tuntutan?
Tuntutan hanya boleh dibuat bagi kes kematian pesara kerajaan sahaja.
Bantuan ini tidak dipanjangkan kepada pasangan pesara (yang bukan pesara kerajaan) yang meninggal dunia.
π Borang Permohonan
Borang permohonan boleh dimuat turun melalui pautan berikut:
π https://pencen.jpa.gov.my/images/borang/JPA.BP.UMUM.BMJ.Pin2025.pdf
π© Saluran Penghantaran Permohonan
Borang yang telah lengkap diisi boleh dikemukakan secara rasmi kepada KWAP melalui:
π§ Emel: mypesara@kwap.gov.my
π Portal Maklum Balas: https://feedbacks.kwap.my/
Permohonan ini meliputi kematian:
-
Pesara Persekutuan
-
Pesara Negeri
-
Pesara Badan Berkanun
-
Pesara Pihak Berkuasa Tempatan
Sehubungan itu, para pesara adalah digalakkan untuk memaklumkan perkara ini kepada waris dan rakan-rakan agar manfaat ini dapat digunakan sewajarnya.
Sekian, terima kasih.
