Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan memaklumkan bahawa pihak PTJ, persatuan dan individu di Universiti Teknologi Malaysia kerap kali menganjur dan mengadakan majlis, upacara, mesyuarat, bengkel, kursus, latihan, seminar dan lain – lain event. Majlis tersebut banyak antaranya melibatkan agensi, pelanggan dan komuniti luar Universiti. 
Berkaitan ini, Bahagian Keselamatan kerap menghadapi masalah bila ada event yang tidak dimaklumkan dan diluar pengetahuan kami. Kebanyakan pelanggan atau individu luar akan bertanya di kaunter pintu masuk mengenai event yang diadakan di dalam Universiti. Jika majlis melibatkan VVIP & VIP akan menyebabkan anggota kami tidak dapat memberikan perkhidmatan sewajarnya kepada mereka.
Sehubungan itu kami di Bahagian Keselamatan amat berharap supaya semua yang berkaitan agar dapat menyalurkan maklumat semua aktiviti samada melibatkan terutamanya dengan pihak luar atau dibuat secara dalaman  Universiti sebaik – baiknya dalam tempoh 3 (tiga) hari bekerja sebelum hari jadi aktiviti. Maklumat ini boleh dikemukakan kepada Pegawai di Bahagian Keselamatan UTM Johor Bahru iaitu En. Mohd. Faizal bin Abd. Latib – email, mohdfaizal.kl@utm.my, En. Mohd Firdaus bin Wahyuddin – email, mfirdausw@utm.my atau saya sendiri.
Semoga dengan keperihatinan dan kerjasama semua pihak dalam perkara ini dapat kita menyantuni stakeholder, pelanggan serta individu Universiti dengan lebih efisyen.