Perkongsian : Public Health Malaysia
Mayat boleh bergerak walaupun selepas mati.
Kalau tengok cerita crime scene kes bunuh, Pegawai forensik mungkin akan menyangkakan jika tidak di sentuh oleh orang lain, mayat tak mungkin akan bergerak sebelum itu.
Namun kajian terbaru ini mungkin mengubah cara forensik menentukan masa kematian mangsa.
Pengkaji telah menemui, walaupun selepas mati, mayat masih boleh bergerak walaupun selepas habis rigor mortis.
Mayat dikatakan “gelisah” dengan pergerakan tangan, badan atau kaki dari satu tempat ke tempat lain.
Ini disebabkan proses pereputan dan juga ligamen yang semakin kering.
Menarik penemuan ini kan?