UTM has introduced the UTM Campus Conservation Policy in 2010 mentioning one of the commitments of zeroing in on single-use plastic packaging. Starting with a series of campaigns and empowerment against using plastic bags and food packaging, UTM will obligate “No Single Plastic-Use” to focus on the technical terms of plastic types that have been banned permanently in campus activities.

UTM’s Plastic Prohibition is to strengthen the existing good practices and provide constructive usage of plastic prohibition elements, in line with the Johor State Government enactment of the prohibition of plastic bag use on January 1, 2018 and the Malaysian Government 2018 – 2030 plan for Single-Use Plastic. In addition, this policy is also the University’s commitment to meet the key requirements of the Sustainable Development Goal (known as the Sustainable Development Goal, SDG) that governs UTM Living Labs. In this regard, UTM intends to be more active in implementing these restrictions in its own capacity through the following initiatives:

  1.  Eliminate any non-biodegradable /conventional plastic packaging for food and beverages.
  2. Encourage all events, meetings, discussions or any activities in UTM to avoid using single-use plastics such as PVC plastics, mineral bottles, soft drinks, spoons / plastic forks and petrochemical-based products as food and beverage containers.
  3. Provide and encourage the use of more environmentally friendly and decomposable packaging materials such as biodegradable, bioplastic and bio-composted-types.
  4. Promote UTM-free plastic materials program to all UTM residents (student, staff, service operators, cafes & arked, and bazaar).
  5. Actively promote the use of environmentally friendly alternative materials such as paper bags, containers, and reusable bags.
  6. Encourage and practice bringing your own food and beverage containers.
  7. Encourage dealers to support customers who bring their own containers for refills such as water and food containers.
  8. Demonstrate good practices from any types of sustainable websites and social media.

UTM telah memperkenalkan Polisi Pelestarian Kampus UTM pada tahun 2010 dengan menyatakan salah satu komitmen penghapusan pembungkusan plastik tidak terbiodegradasi. Bermula dengan beberapa siri kempen dan pemerkasaan mengenai beg plastik dan pembungkusan makanan, pihak UTM akan menggunapakai kempen “Tanpa Plastik Sekali-Guna” bagi menjurus kepada istilah teknikal jenis plastik yang dijadikan larangan kekal dalam aktiviti kampus.

 

Larangan Penggunaan Plastik Sekali-Guna di UTM ini adalah untuk memperkasa amalan sediada dan menyediakan secara konstruktif elemen larangan plastik, bersesuaian dengan penguatkusaaan Kerajaan Negeri Johor terhadap pengharaman penggunaan beg plastik pada 1 Januari 2018 dan rancangan 2018 – 2030 kerajaan Malaysia mengenai plastik Sekali-Guna ini. Selain itu, polisi ini juga merupakan komitmen Universiti untuk mencapai keperluan utama Matlamat Pembangunan Lestari (dikenali sebagai, Sustainable Development Goal (SDG)) yang menyantuni  Makmal Hidup UTM. Dengan ini, UTM berhasrat untuk menjadi lebih aktif dalam melaksanakan larangan ini mengikut keupayaaan tersendiri menerusi: 

 

  1. Menghapuskan sebarang pembungkusan makanan dan minuman yang berasaskan plastik yang tidak terbiodegradasi/konvensional
  2. Menggalakkan semua acara, mesyuarat, perbincangan atau keraian di UTM dengan penghapusan amalan penggunaan bekas (makanan dan minuman), plastik Sekali-Guna seperti plastik PVC, botol mineral, penyedut minuman, sudu/garpu plastik dan beberapa bahan berasaskan bahanapi fosil.
  3. Menyediakan dan menggalakkan penggunaan bahan pembungkusan yang lebih mesra alam dan mudah diurai seperti biodegradasi, bioplastik dan biokompos.
  4. Mempromosikan program tanpa bahan plastik Sekali-Guna kepada semua warga UTM (pelajar, staf, pengendali perkhidmatan, kafe & arked makanan, dan bazaar).
  5. Mempromosikan secara aktif mengenai penggunaan bahan alternatif mesra alam seperti beg kertas, bekas dan beg yang boleh digunakan berulang-kali.
  6. Menggalakkan dan mengamalkan untuk membawa bekas makanan dan minuman sendiri.
  7. Menggalakkan peniaga untuk menyokong pelanggan yang membawa bekas sendiri untuk isian semula seperti bekas air dan bekas makanan.
  8. Menunjukkan amalan yang baik menerusi laman sesawang lestari dan media sosial.