PERMOHONAN PENARAFAN BINTANG BAGI PROJEK PEMINDAHAN ILMU/TEKNOLOGI (KTP) FASA 2/2019
Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (Centre for Community & Industry Network, CCIN) UTM bertanggungjawab untuk melaksanakan penilaian penarafan bintang (Star Rating) terhadap projek pemindahan ilmu / teknologi (KTP) yang telah dilaksanakan oleh universiti sepanjang tahun.
Ianya bagi mengukur keberkesanan projek, impak dan manfaat serta perubahan sosial atau ekonomi terhadap komuniti agar lebih lestari. Pelaksanaan penilaian ini telah menjadi salah satu elemen BONUS di dalam Penilaian Prestasi Staf Akademik secara atas talian (eLPPT). Markah bonus bagi e-LPPT (minimum 2, maksimum 10) akan diberikan kepada Ketua Penyelidik dan ahli projek berdasarkan rating yang telah dicapai.
Sehubungan dengan itu, dimohon kerjasama semua Ketua Penyelidik yang telah mendaftar projek pemindahan ilmu / teknologi di RADIS bagi tahun 2019 untuk mengisi borang Community Engagement Impact Rating Form (CEIR) di TAB STAR RATING pada geran penyelidikan yang telah didaftarkan.
Sila layari laman sesawang CCIN di https://ccin.utm.my/ maklumat lanjut atau hubungi pegawai kami di sambungan 37556/38034.