anda terkejut ? sebenarnya ia bermaksud seperti imej dibawah ini.

Mengikut akta perlindungan pengguna 1999 setiap peniaga hendaklah memaparkan maklumat barangan yang dijual. 
Maklumat tersebut adalah seperti berikut :

  • Harga barangan
  • Nama penjual atau syarikat
  • Nombor pendaftaran perniagaan
  • Maklumat yang boleh dihubungi (no telefon @ alamat @ email)
  • Keterangan produk
  • Kaedah pembayaran
  • Terma dan syarat
  • Anggaran masa penghantaran (dalam talian)

Kebanyakkan daripada iklan barangan di dalam talian tidak memaparkan harga dan meminta pembeli untuk menghantar mesej peribadi kepada penjual. Ini sebenarnya salah dari segi etika penjualan barang. Selain itu membuka ruang bagi penjual menipu pengguna/pembeli.

Anda boleh menyalurkan maklumat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ( KPDNKK) dan anda boleh melawat web rasmi KPDNKK di https://www.kpdnhep.gov.my/kpdnkk/ serta boleh bertanya dan juga membuat aduan mengenai salahlaku penjual di web ini https://e-aduan.kpdnhep.gov.my 

Jadilah pengguna yang bijak. Anda mempu mengubahnya.