Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil. 103 bertarikh 13 Ogos 2019 telah meluluskan Polisi Pengumpulan Dana Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
- Polisi ini bertujuan untukmenyelaras setiap aktiviti pengumpulan dana untuk Universiti dan terpakai kepada semua warga Universiti termasuk pelajar serta staf Universiti.
3.Universiti komited terhadap aktiviti pengumpulan dana bagi memperluas akses pendidikan kepada semua golongan pelajar dan mempertingkat aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan dengan menyemarakkan budaya memberi dikalangan masyarakat.
- Sehubungan dengan itu, seluruh warga Universiti adalah diminta mengambil maklum mengenai PolisiPengumpulan Dana UTM. Polisi ini berkuat kuasa mulai tarikhpekeliling ini dikeluarkan. Maklumat lanjut berhubung polisi ini boleh dirujuk ke Seksyen Governan, Jabatan Pendaftar atau boleh dimuat turun melalui pautan http://registrar.utm.my/governan/polisi/.
PEKELILING PENTADBIRAN BIL. 25/2019: POLISI PENGUMPULAN DANA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA