Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia melalui Pusat Inovasi Mahasiswa dan Keusahawanan Teknologi UTM (UTM XCITE) akan menganjurkan program MTDC Business Challenge 2019 pada 12 – 15 Oktober 2019, bertempat di Kuala Lumpur. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang mempunyai idea atau produk inovasi yang berpotensi untuk membantu menyelesaikan masalah.
- Untuk makluman YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, program ini terbuka kepada semua pelajar prasiswazah warganegara Malaysia dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia menerusi penyertaan secara berkumpulan (3 orang).
- Sehubungan itu, kami dengan sukacitanya menjemput para pelajar pra-siswazah dari institusi YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menyertai program yang akan diadakan ini. Tiada sebarang yuran penyertaan dikenakan dan tarikh akhir penyertaan ialah pada 15 September 2019. Proses pendaftaran serta maklumat lanjut program boleh didapati menerusi laman webhttps://www.mtdc.com.my/business-challenge/. Poster hebahan program ini adalah seperti di lampiran.
- Dengan pelbagai latihan dan pengisian yang akan diatur, kami yakin para pelajar akan dapat menimba banyak ilmu dan peluang untuk mengembangkan inovasi melalui program ini. Oleh yang demikian, kerjasama daripada YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam memanjangkan perkara ini kepada pelajar di institusi YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan amat dihargai.
- Sebarang pertanyaan mengenai program ini bolehlah dimajukan kepada Dr. Umar Haiyat Abdul Kohar (umarhaiyat@utm.my) atau Cik Zetty Raihan (zetty@utm.my).