PROSEDUR PEMILIKAN HARTA DAN PERISYTIHARAN HARTA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Dimaklumkan bahawa Lembaga Pengarah Universiti melalui Mesyuarat Khas Bil. 2/2019 pada 18 Jun 2019 telah meluluskan pemakaian Prosedur Pemilikan Harta dan Perisytiharan Harta Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
- Prosedur ini menjelaskan tatacara dan panduan pemilikan dan perisytiharan harta staf UTM di bawah Peraturan-Peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605).
- 3. Staf yang gagal untuk membuat perisytiharan harta sepertimana digariskan dalam Prosedur ini boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan 9, Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000.
- Semua staf juga diminta mengambil maklum mengenai larangan meminjam wang dan berada dalam keterhutangan yang serius dan larangan menyenggara taraf kehidupan yang melebihi emolumen dan pendapatan persendirian yang sah. Kegagalan mematuhi peraturan ini boleh menyebabkan tindakan tatatertib dikenakan ke atas staf.
5.Di bawah Peraturan 21, Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Ketua Jabatan perlu menjalankan tugas kawalan dan pengawasan tatatertib ini dengan mengarahkan mana-mana pegawai yang didapati tidak membuat pengisytiharkan harta untuk membuat perisytiharan segera, dimana jika gagal, Ketua Jabatan turut boleh dikenakan tindakan tatatertib.
- Prosedur ini juga menjelaskan perkaitan Perisytiharan Harta Dengan Pekerjaan Luar di Bawah Peraturan 4, Bahagian II, Tatakelakuan, Akta Badan-Badan Berkanun, (Tatatertib dan Surcaj) 2000 di mana pegawai yang mempunyai pekerjaan luar dalam mana-mana kategori harta mereka, adalah perlu terlebih dahulu mendapatkan persetujuan Naib Canselor sebelum membuat pekerjaan luar.
- Semua staf diminta mengambil maklum dan mematuhi Prosedur Pemilikan Harta dan Perisytiharan Harta UTM. Prosedur ini berkuat kuasa mulai tarikh pekeliling ini dikeluarkan. Dengan penguatkuasaan ini, Pekeliling Pentadbiran Bil. 30/2010 Garis Panduan Pemilikan dan Perisytiharan Harta UTM adalah dibatalkan.
- Prosedur Pemilikan Harta Dan Perisytiharan Harta UTM 2019 boleh dimuat turun melalui pautan http://registrar.utm.my/governan/prosedur/.