Kemudahan berkomunikasi di media sosial seperti aplikasi e-mel, Facebook, WhatsApp, Telegram dan medium interaksi lain di internet kini menjadi suatu kemudahan berkomunikasi yang penting dan meluas penggunaannya dalam kalangan staf. Penggunaan kemudahan tersebut mempunyai pelbagai kelebihan antaranya sebagai medium perbincangan dan perkongsian maklumat mahupun mempromosi program, inisiatif dan produk serta isu-isu semasa.

 

  1. Sukacita diingatkan staf perlu berhati-hati dalam berkomunikasi menggunakan media sosial dan sebarang kenyataan dan perbincangan hendaklah dibuat secara matang dan akademia. Perkara ini penting bagi mengelakkan tularnya isu-isu sensitif dan menimbulkan suasana tidak harmoni dalam kalangan warga Universiti selaras dengan Pekeliling Pentadbiran Bil. 33/2017 Kod Etika Profesional Universiti Teknologi Malaysia, Perkara 6.2, 6.7, 6.9, 9.0 dan 11.0.

 

  1. Sehubungan dengan itu, semua staf diminta mengambil maklum serta mematuhi Pekeliling Pentadbiran Bil. 33/2017 Kod Etika Profesional Universiti Teknologi Malaysia dan pekeliling tersebut boleh dimuat turun melalui pautan https://hrfin.utm.my/smu/.

 

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN BIL. 14/2019: TANGGUNGJAWAB MEMELIHARA ETIKA PROFESIONAL SEMASA BERKOMUNIKASI DI MEDIA SOSIAL DALAM KALANGAN STAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA