Postgaduate Vacancy

Vacancy: Masters Student.

Title: Classification for Autism Spectrum Disorder using Machine Learning
Area: Artificial Intelligence.
Subarea: Autism.
RA salary: RM1800 (Available for local student only)
Location: School of Biomedical Engineering and Health Sciences UTM Johor Bahru
Contact: aimie@biomedical.utm.my

Benefit:

  1. Attend Artificial Intelligence training for free
  2. Attend Python programming training for free
  3. Join the International conference for free
  4. Involve in any networking meeting with Industry
  5. May participate as a trainer for related courses organized by MEDITEC or Lab.

Please contact me directly via my email.

Artificial Intelligence atau Kecerdikan Buatan

Kebelakangan ini, selalu orang sebut mengenai artificial intelligence. Untuk yang ada latar belakang kejuruteraan mungkin sudah faham. Macamana pula untuk mereka yang datang daripada bidang lain dari kejuruteraan? Mungkin masih ramai yang masih kabur bukan?

Artificial Intelligence atau Kecerdikan Buatan ni diilihamkan daripada kepandaian otak manusia. Macamana manusia berfikir untuk membuat keputusan. Konsep inilah yang digunakan.

Contohnya, dari kecil seorang bayi diajar mengenal epal dan oren. Setiap hari, ibu bayi tersebut akan tunjukkan ini epal, ini oren. Pada waktu ini, otak bayi itu akan cuba menyimpan maklumat-maklumat mengenai epal dan oren. Seprti epal warnanya merah, oren warnanya oren. Epal bentuknya begini, oren bentuknya begini.

Esoknya mungkin si ibu bagi bayi tersebut sentuh pula. Kali ni informasi baru pula diterima. Oh macam ni rasa bila sentuh buah ni. Sampai masa, bayi tu dapat makan pula. Tambah lagi maklumat. Sehingga sampai suatu masa, tidak perlu lagi diberitahu pada bayi itu yang ini adalah epal dan yang ini adalah oren.

Otak bayi telah BELAJAR mengenal pasti buah-buah ini. BELAJAR daripada MAKLUMAT yang diterima.

 

Nurturing Kids Talent 2019

Masalah perkembangan kanak-kanak yang semakin meningkat di Malaysia kini menjadi kerisauan bukan sahaja kepada ibu bapa tetapi juga kepada negara. Sebagai sebuah institusi pendidikan dan penyelidikan, menjadi tanggungjawab UTM untuk menyampaikan ilmu dan infomasi yang diperlukan oleh masayarakat berkaitan isu ini.

Sejajar dengan UTM sebagai universiti peneraju dalam bidang kejuruteraan di Malaysia,

pemindahan ilmu bukan sahaja kepada masyarakat dewasa tetapi kepada generasi muda sangat diperlukan untuk memberi pendedahan awal dan galakan secara langsung atau tidak langsung mengenai ilmu kejuruteraan kepada kanak-kanak ini.

Sehubungan dengan itu, program Nurturing Kids Talent 2019 atau NUKIDs19 telah dianjurkan pada 21 Disember 2019 di Sekolah Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan UTM yang bertujuan untuk:

Memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai cara merangsang perkembangan kanak-kanak,

Menyampaikan infomasi mengenai kesan gaya hidup yang tidak sihat kepada kesihatan otak kanak-kanak

Menganjurkan aktiviti yang membantu perkembangan kanak-kanak

Program ini adalah anjuran Medical Device and Technology Center (MEDITEC) dengan kerjasama Sekolah Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan dan Persatuan Pelajar Pasca Siswaza SKM-SKBSK.

Bengkel Pembangunan Laman Web @people.utm.my

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 

Kepada semua staff akademik Sekolah Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan, Fakulti Kejuruteraan, Univeristi Teknologi Malaysia.

InsyaAllah, bengkel pembangunan laman web (personal website) @people.utm.my akan dijalankan seperti maklumat berikut:

Tarikh: 14hb Januari 2019

Hari: Selasa

Masa: 9.30am – 1.00pm

Tempat: Bilik Alpha, V01, Sekolah Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan, Fakulti Kejuruteraan, Univeristi Teknologi Malaysia.

Aktifkan akaun @people.utm.my dengan merujuk pada emal arahan pengaktifan yang dihantar oleh admin @people.utm.my

Sila sediakan gambar profile yang cantik dan siap-siap disimpan didalam laptop.

Harap Maklum

Dr Noor Aimie Salleh