Monthly Archives: January 2020

Nurturing Kids Talent 2019

Masalah perkembangan kanak-kanak yang semakin meningkat di Malaysia kini menjadi kerisauan bukan sahaja kepada ibu bapa tetapi juga kepada negara. Sebagai sebuah institusi pendidikan dan penyelidikan, menjadi tanggungjawab UTM untuk menyampaikan ilmu dan infomasi yang diperlukan oleh masayarakat berkaitan isu ini.

Sejajar dengan UTM sebagai universiti peneraju dalam bidang kejuruteraan di Malaysia,

pemindahan ilmu bukan sahaja kepada masyarakat dewasa tetapi kepada generasi muda sangat diperlukan untuk memberi pendedahan awal dan galakan secara langsung atau tidak langsung mengenai ilmu kejuruteraan kepada kanak-kanak ini.

Sehubungan dengan itu, program Nurturing Kids Talent 2019 atau NUKIDs19 telah dianjurkan pada 21 Disember 2019 di Sekolah Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan UTM yang bertujuan untuk:

Memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai cara merangsang perkembangan kanak-kanak,

Menyampaikan infomasi mengenai kesan gaya hidup yang tidak sihat kepada kesihatan otak kanak-kanak

Menganjurkan aktiviti yang membantu perkembangan kanak-kanak

Program ini adalah anjuran Medical Device and Technology Center (MEDITEC) dengan kerjasama Sekolah Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan dan Persatuan Pelajar Pasca Siswaza SKM-SKBSK.