Selamat kembali ke kampus!

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera

Selamat kembali ke kampus UTM. Setelah bercuti hampir sebulan di kampung halaman masing-masing, hari ini para mahasiswa/siswi telah kembali ke kampus & memulakan sesi Sem II (2016/2017) sehingga bulan Jun.

Seperti mana para pensyarah anda bersedia untuk memulakan sesi pengajian di semester baru. Para pelajar juga seharusnya turut bersedia seperti mendaftar subjek, menyusun jadual kelas masing-masing. Pastikan anda tidak tersalah kelas di hari pertama kuliah nanti!

Di awal minggu semester baru ini, para pensyarah pastinya akan berkongsi dengan anda course outline-rancangan pengajaran untuk setiap subjek sepanjang semester tersebut seperti senarai topik yang akan diajar, tugasan, kuiz dan sebagainya.

Jadi, pastikan anda bersedia. See you soon!