PROGRAM KESELAMATAN KEBAKARAN & PERALATAN PELINDUNG DIRI (PPE)

Pada 28 Julai 2024 (Ahad) satu program yang dianjurkan oleh i-SEReNe Konsortium Institut Penyelidikan UTM, yang diadakan di Bangunan N31, Ibnu Sina Institute For Scientific & Research (ISI-SIR) telah berjalan dengan lancar. Tujuan untuk membuat latihan kebakaran dan mengetahui cara-cara untuk mengatasi masalah persekitaran termasuk membantu mangsa yang cedera.

Balai bomba Taman Universiti dan juga ambulan Pusat Kesihatan UTM telah hadir bagi menjayakan program ini untuk menggambarkan suasana kebakaran yang sebenar. Setiap penghuni staf di dalam bangunan perlu ada SOP dan laluan pintu kecemasan, mengenal pasti fire distinguisher dan helmet kecemasan ERT bagi AJK (sijil CPR). Staf diberi peluang untuk mencuba memadam api dengan pemadam api karbon dan mencuba host air untuk memadam api.

Program ini bermula jam 8.30 pagi dan selesai 12.30 tengah hari. Satu program yang patut diadakan pada setiap tahun.

About noorasyikin

HAPPY GO LUCKY
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *