Satu program kejohanan terbuka bowling wanita anjuran WANGI UTM telah diadakan di Lite Superbowl, Pelangi Leisure pada 16 Februari 2024. Seramai 40 orang peserta yang terlibat dibahagi kepada 10 kumpulan.
Tujuan sukan santai ini diadakan bagi merapatkan silaturrahim sesama staf dan semangat kesukananan. Selain dari mewakili sukan USG, anjuran persatuan atau kelab juga sangat bagus untuk belajar teknik cara-cara bermain lontar bola bowling ke tenpin, memilih bola bowling yang bersesuaian dengan berat badan dan menilai aspek kerjasama dalam pasukan bagi mengumpul mata yang tertinggi.
Program ini bermula jam 10.30 pagi dan selesai pada 1.30 tengah hari.




