The Wonderfood Museum di George Town

Muzium viral yang terletak di Pekan George Town ini juga salah satu tempat yang patut dikunjungi. Harga tiket kanak-kanak 3-12 tahun RM15 seorang dan tiket dewasa RM25 seorang.

Muzium Wonderfood ini merupakaan sebuah rumah kedai 2 tingkat. Di sini boleh mengetahui sejarah makanan popular orang Penang seperti Chendol, pasambok, chaw kue teow dan nasi kandar.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Adventure at Hobbitoon, Simpang Pulai, Perak

Perancangan bercuti bersama keluarga sempena menyambut hari lahir anak yang ke 2 tahun. Pada 8 Ogos 2024, selepas Subuh dari Johor Bahru kami bertolak ke Perak. Perjalanan melalui highway masih terkawal jalan tidak sesak.

Untuk makluman semua, harga tiket untuk kanak-kanak (5-12 tahun) bayaran masuk adalah RM20 seorang, manakala dewasa RM40 seorang. Harga discount untuk kad pengenalan anak jati Perak dan kerja kerajaan RM30 seorang.

Di sini sesuai membawa keluarga bersiar-siar dan mengeluarkan peluh. Aktiviti riadah seperti sesi bergambar dan bagus mengira 1000 langkah berjalan kaki ke bukit curam. Di dalam ini terdapat juga kedai makan seperti cerita Hobbit (The Ring). Kawasan yang berbukit, udara yang segar dan sejuk seperti di Cameron Highland. Jangan lupa singgah ke Kedai Cendermata mendapatkan ole-ole untuk dibawa balik sebagai kenangan.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

MINGGU PENYUSUAN BAYI SEDUNIA 2024

5 Ogos 2024, Isnin satu program minggu penyusuan bayi sedunia anjuran Institut Pembangunan Bioproduk (IBD UTM Johor) menjemput tetamu istimewa Pn. Nurun Nadia Kaunselor Laktasi & Ceo Numom Sdn. Bhd bagi mendapatkan ilmu penyusuan dari pakar.

Program ini dijalankan 1 hari, seramai 50 orang peserta terdiri daripada staf UTM, industri dan orang awam bagi memeriahkan lagi suasana majlis. Pelbagai masalah yang dihadapi oleh ibu-ibu mengandung, kelahiran bayi, persediaan mental ibu selepas bersalin untuk berkongsi pandangan dari pakar bagi mengatasi kerusingan ibu-ibu.

Disediakan juga pameran jualan barang ibu-ibu dalam set bersalin, berpantang, persediaan barang bayi dan sebagainya. Diajar demo-demo cara yang betul memegang bayi semasa penyusuan. Banyak ilmu yang boleh dapat dari sini dan ada juga disediakan cabutan bertuah yang ditaja oleh industri-industri. Satu Program yang amat bagus dan bermanfaat untuk ibu-ibu hadir.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Back packer ke Kashmir dan Dehli, India

Pengalaman yang sangat berharga dapat sampai ke Taj Mahal pada masa itu adalah hari Wanita Sedunia, tiket masuk untuk kaum wanita adalah percuma manakala kaum lelaki kena bayar ye tiket. Saya sangat kagum bentuk taj mahal dan tertarik untuk mendengar sejarah disebalik cerita taj mahal seorang lelaki india yang mencintai seorang perempuan yang beragama islam. Atas rasa sayang cinta yang dalam terhadap perempuan itu, terbina la sebuah mahligai taj mahal.

Inilah kali pertama dapat ke Dehli dahulu untuk membeli kain sari yang akan dipakai semasa di taj mahal. Perjalanan menaiki kereta api mengambil masa 6 jam, dalam perjalanan erm bau tahi lembu dan macam-macam ragam orang sana di atas kereta api menghiburkan hati. Selain itu dapat menyambut hari lahir saya pada bulan Mac di Kashmir, erm rezeki datang dapat merasa bermain dengan salji. Di sini portion saiz makan agak berbeza dengan Malaysia, order untuk seorang makan boleh dikongsi 2-3 orang makan. Barang-barang di sini agak murah sebab mata wang Malaysia lebih tinggi berbanding Negara India.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Aktiviti hujung minggu bersama si manja

Selain di mall, ikea toppen juga salah satu menjadi tumpuan saya dan keluarga untuk ke sana. Meluangkan masa dengan si manja, sambil mencari idea untuk mendeco rumah.

Kebetulan pada masa tu ada banyak aktiviti kanak-kanak, anak pula suka cerita kartun Paw Patrol yang sedang membuat jualan mainan. Layankan si manja untuk bergambar dengan cerita kartun kegemarannya.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Bencana air di Taman Perumahan Skudai, beriadah di ahli kelab palm resort

Kejadian tiada air secara besar-besaran di area taman sri skudai, menyebabkan jiran tertangga terpaksa menghubungi SAJ untuk mendapatkan bantuan lori air. Disebabkan tanah mendap di depan sekolah iaitu punca utama saluran air, tiada notis diberi dan ramai tidak membuat persediaan lebih awal untuk pernuhkan air sebagai simpanan.

2 hari tiada air, cara terbaik adalah untuk beriadah di kolam renang dengan harapan balik semula ke rumah keadaan pulih seperti biasa. Kedai-kedai makan juga ditutup atas desakan tiada air. Sambil sabar menunggu SAJ untuk perbaiki kebocoran, lebih baik berjalan-jalan dulu ke mall untuk solat, makan dan sebagainya.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Program Jamuan Tautan Ukhuwah Jabatan TNCPI, terlajak raya..

16 Mei 2024, di Johor rayanya lebih sebulan walaupun sudah habis syawal. Masih terasa meriah dan tema kali ini adalah dari filem P. Ramlee. Yang menariknya setiap staf membuat persiapan yang wow gempar.

Ada pertandingan booth raya paling cantik, pakaian terbaik ikut tema filem P. Ramlee dan juadah makanan bermacam-macam. Setahun sekali jumpa kawan-kawan yang lain jabatan ada sahaja riuh sekampung untuk bercerita.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Aktiviti si manja

28 Julai 2024, selepas selesai medical checkup bersama Doktor untuk si manja, mummy daddy terus membawa si manja ke Farm Fresh di Stulang. Di sini si manja sangat suka bergambar dan bermain dengan perhiasan mini lembu Farm Frsesh.

Cafe Farm Fresh di sini sedap susu lembu asli rasanya berbeza dengan yang dijual di pasaraya. Ice cream susu juga sedap anak suka dan ada juga menjual desert roti untuk singgah minum. Ramai kunjungan yang datang untuk membeli susu di bawa balik. Menarik tempat ini ialah cara deco cafe dan tarikan pada kanak-kanak untuk mengajak ibu bapa datang ke sini lagi.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Hari Keluarga berkelah di Desaru

30 Jun 2024, pagi-pagi keluar rumah bertolak ke Desaru tujuan nak elak dari kesesakan lalu lintas. Macam biasa bila hari cuti tentu la ramai orang, keluarga akan berhujung minggu untuk beriadah.

Erm.. saya pula pagi-pagi subuh sudah bersiap dan memasak sarapan bekalan untuk dibawa berkelah. Aktiviti yang paling seronok dan ringkas sahaja, dapat mandi laut dan berkelah. Bawa anak main pasir buat istana dan mandi laut. Setengah hari suntuk berada di pantai, jangan lupa untuk menggunakan sun block bagi mengelak cahaya matahari UV yang lama berjemur.

Penggurusan Desaru juga sudah bertukar orang dan pantai yang bersih terjaga serta harga parking kenderaan naik sedikit RM10. Permainan seperti banana boat dan jet ski menjadi tumpuan pelancong untuk mencuba. Tidak perlu bimbang kerana di sini terdapat banyak juga khemah yang menjual makanan, pakaian mandi dan pelampung kanak-kanak. Aktiviti yang menjimatkan boleh dirancangan untuk berada di sini.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI

10 April 2024, menjelang tiba syawal menjelma hari raya aidil fitri untuk seluruh umat islam menyambut kemenangan berpuasa selama sebulan. Ini biasa setiap tahun menjadi tradisi masyarakat kita. Mercun dan bunga api tidak semeriah seperti zaman dahulu di kampung dengar bunyi meriam buluh, pelita di susun di kawasan rumah.

Persediaan berpuasa, sahur, buka puasa, bazar, kuih raya, baju raya dan segala barang rumah serba baru meraikan hari raya. Bila tiba hari gaji, persediaan untuk menukar duit raya di bank yang paling popular ramai orang menunggu depan pintu bank sebelum buka.

Bagi yang bujang, biasanya ada perancangan untuk melancong bersama kawan-kawan dan keluarga. Manakala bagi yang sudah berkahwin suami isteri sudah merancang giliran siapa tahun ini untuk beraya rumah keluarga dulu. Paling bermakna untuk anak-anak mendapat duit raya dan berjumpa sanak saudara setahun sekali. Untuk keluarga kecil saya, haiwan kesayangan saya anak bulus ditempah awal untuk boarding selama seminggu di hotel kucing.

Posted in Uncategorized | Leave a comment