Biography

Profesor Madya Sr Ts. Dr. Noorsidi Aizuddin Bin Mat Noor memulakan kerjaya akademiknya setelah menamatkan pengajian dan melanjutkan pelajarannya sehingga peringkat PhD. Beliau adalah Penilai Berdaftar (Percubaan) dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Estet & Pengurus Harta (BOVAEAP), Malaysia. Merupakan pemeriksa yang dipertanggungjawabkan untuk peperiksaan profesional di bawah BOVAEAP & RISM, dan panel pakar untuk MQA bagi akreditasi program-program di dalam bidang Harta Tanah di Malaysia, sejak 2015. Bidang kepakaran dan minat penyelidikannya merangkumi Ekonomi Harta Tanah, Penilaian Harta Tanah, Dasar dan Isu Perumahan, Perancangan Komuniti, Pengajian Bandar, Pengembangan Harta serta Transformasi Teknologi. Kekuatannya terletak pada rangkaiannya dengan industri tempatan dan antarabangsa serta sektor swasta dan kerajaan. Beliau juga telah mengetuai pelbagai projek berprofil tinggi serta program lain dan meliputi organisasi dalaman serta luar negara. Beliau telah menerbitkan pelbagai artikel yang berkaitan dengan transformasi teknologi dalam bidang harta tanah dan pembangunan masyarakat.

Beliau juga telah berjaya melatih graduan-graduan untuk sentiasa bersedia bagi masa hadapan, salah seorangnya telah berjaya dengan cemerlang di dalam pengajian kedoktoran (PhD), Graduated On Time dan Penerima Anugerah Canselor. Kini, sedang berkhidmat sebagai CEO MaGICX Sdn Bhd (anak syarikat Universiti Teknologi Malaysia), yang mana, sebelum ini beliau dilantik sebagai Pengurus Taman Teknovasi UTM, Naib Presiden Pusat Pengajian Harta Tanah (Perundingan) dan sebagai Pengurus Kualiti untuk Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah. Pada tahun 2017, beliau mendapat anugerah Penasihat Akademik Terbaik dari UTM. Berjaya menerima pelbagai anugerah-anugerah kecemerlangan yang lain sebagai penghargaan atas sumbangannya. Juga dilantik sebagai Lembaga Pengarang sejumlah jurnal dan telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah untuk Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Johor (2014-2021). Beliau juga dilantik sebagai Ketua Felo untuk Program CEO@ Fakulti 2.0 Cycle 2 (AIxCHANGE), sebuah program yang menghubungkan akademik-industri di bawah Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan telah memberi impak besar terhadap pembangunan profesional kendiri beliau. Program tersebut membantu beliau dalam memimpinnya untuk menjalin jaringan yang lebih mantap dengan pelbagai individu & pasukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, untuk membentuk hubungan simbiotik antara industri, universiti, & masyarakat, dengan pelbagai cara. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan, pentadbiran & pengajaran di pendidikan tinggi.

 ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Associate Professor Sr Ts. Dr. Noorsidi Aizuddin Bin Mat Noor begins his academic career after graduating his degree and pursued his study till PhD degree level. He is a Registered Probationary Valuer with The Board of Valuer, Appraisers, Estate Agent & Property Manager (BOVAEAP), Malaysia. He has been a trusted examiner for professional exams under BOVAEAP & The RISM, and an expert panel for MQA to accreditation programme in Real Estate in Malaysia, since 2015. His area of expertise and research interest includes Property Economics, Real Estate Valuation, Housing Policy and Issues, Community Development, Urban Studies & Property Development as well as Technology Transformation. His strengths lie on his networks with local and international industries as well as in both private & government sectors. He has led various high profile projects as well as another programme and covering internal & overseas organisations. He has published a variety of articles related to technology transformation in real estate and community development.

Amidst this, he has coached exceptional graduates, one of which has recently graduated with a PhD, Graduated On Time and Chancellor’s Award Receiver. He currently serves as CEO of MaGICX Sdn Bhd (Universiti Teknologi Malaysia’s subsidiaries), previously was appointed as UTM’s Technovation Park Manager, Center for Real Estate Studies Vice President (Consultation) and as a Quality Manager for the Faculty. In 2017, he received Best Academic Advisor award from UTM. He received numerous others awards as a recognition of his contributions. Also been appointed as Editorial Board of a number of journals and been invited and appointed as a Board Member for the RPKKJ (2014-2021). His appointment as the Head of Fellows for the CEO@Faculty 2.0 Cycle 2 (AIxCHANGE) prog., a flagship academia-industry linkages prog. under the MoE has had a huge impact on his own professional dev. & led him to establish networks with the various individuals & teams at the ministerial level & industry, to form a symbiotic relationship between industry, university, & community, in various ways. He has a vast experience in management, administration & teaching in higher education.

<–Back