Blog

PERASMIAN GALERI KALAM UTM 23 JULAI 2020 GALERI KALAM, ARAS 3, BLOK B12, FAKULTI ALAM BINA DAN UKUR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

23 Julai 2020 | GALERI KALAM UTM |

Perasmian Galeri KALAM telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur UTM, PROF. SR DR. HISHAMUDDIN BIN MOHD ALI bersama Pengarah Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM), AR. NORASLINDA BINTI ABDUL RAHMAN dan Mantan Pengarah PM DR RAJA NAFIDA BINTI RAJA SHAHMINAN. Majlis diraikan dengan kehadiran daripada Dekan, Timbalan Dekan, Pengarah, Pasukan FABU, Pasukan Institute for Smart Infrastructure and Innovative Construction (ISIIC) bersama gabungan Pusat Penyelidikan CRC, CRES, FEC dan GEOTROPIK. Majlis dimeriahkan dengan pemberian replika cek kepada Dekan PROF. SR DR. HISHAMUDDIN BIN MOHD ALI, Wakil Pengarah ISIIC PM. DR. ABDUL RAHMAN MOHD SAM dan Pengarah Senibina PM. DR. ALICE SABRINA sebagai simbolik menghargai kerjasama di antara mereka. Khazanah di KALAM didokumentasikan bermula tahun 1975 dan menjadi pusat penyelidikan secara rasmi pada tahun 1995. Kini, KALAM menjadi pusat rujukan tempatan dan antarabangsa. Selain daripada penyelidikan, pusat ini juga menyediakan perkhidmatan professional, penerbitan, jaringan industri, perundingan serta menganjurkan kursus/seminar/persidangan dan lain-lain perkhidmatan yang memacu kepada pembangunan masyarakat dan Negara. Galeri KALAM menempatkan khazanah warisan Negara yang sangat unik dan harus dipelihara.