Program Bridging ke C29

Program Bridging ke C29 merupakan usaha penaiktarafan seseorang Pembantu Makmal untuk ke skim Penolong Pegawai Sains, pekerja hendaklah memenuhi beberapa syarat universiti dan JPA.

Salah satu dari syarat kenaikan ini ialah Pembantu Makmal tersebut hendaklah lulus Kursus Peralihan Pembantu Makmal C19 ke Penolong Pegawai Sains C29 atau turut dikenali sebagai Program Bridging Skim C. Kursus ini adalah setaraf diploma dan peserta perlu lulus setiap sesi yang dianjurkan.

Program Bridging C29 ini hanya ditawarkan kepada semua Pembantu Makmal di UTM anjuran oleh Pusat Pembangunan Bakat & Kepimpinan Universiti ( CTLD ) Universiti Teknologi Malaysia. https://registrar.utm.my/ctld/

OBJEKTIF

  • Mengukur kesesuaian seseorang Pembantu Makmal dari segi potensinya untuk menjawat jawatan Penolong Pegawai Sains.
  • Menguji kemahiran seseorang Pembantu Makmal berdasarkan kepada pengalaman dalam tugas-tugas harian yang dijalankan
  • Memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat kelayakan masuk ke skim perkhidmatan Penolong Pegawai Sains melalui urusan Kenaikan pnagkat Secara Lantikan (KPSL).
Program Bridging Universiti Awam

Kursus Bridging Pembantu Makmal C19 ke C29 bertujuan memberi pendedahan kepada peserta dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran berkaitan sains dan kemanusiaan. Graduan terdiri daripada kumpulan Pembantu Makmal UTM Johor Bahru dan UTM Kuala Lumpur. 5 peserta dari UTM Johor Bahru dan 6 peserta dari UTM Kuala Lumpur.

Bridging Program adalah satu konsep pembelajaran sepanjang hayat dalam mentransformasikan pengajian tinggi untuk kelestarian masa depan. Pembantu Makmal adalah kakitangan sokongan yang melibatkan diri secara tidak langsung dalam kerja penyelidikan dan pengajaran.

Selain mengendalikan kelas amali , Pembantu Makmal juga mengambil tempat sebagai pembantu tenaga pengajar yang memerlukan kemahiran dan pengalaman semasa berlangsungnya kelas amali.

Sementara aktiviti penyelidikan pula mereka terlibat dalam membantu kerja-kerja penyelidikan dan rundingan, pembantu makmal berkebolehan menentukan spesimen dan sampel, manakala dalam kerja analisis mereka terlibat dalam aktiviti pengecaman organisma, penentuan kualiti fizikal dan kemahiran kerja lapangan.

Program Bridging Online

Pada tahun ini, Program Bridging Skim C dijalankan secara maya ( online ). Bermula dengan taklimat pada 20 Februari 2022. Kelas kami dilaksanakan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu. Kelas pertama bermula pada 26 Februari 2022 ( Sabtu ).

Tahap 1

Jadual Program Bridging Tahap 1

Pada tahap 1, Peserta mempelajari tentang Pengetahuan Am Universiti ( UMUM ).

Pada Tahap 2, Peserta mempelajari Tentang Kimia, Biologi, Fizik, Teknologi Maklumat dan Geologi.

Pages: 1 2 3