Biografi

Norasiah Sadek
Assalamualaikum......

Biografi

  • Nama saya Norasiah Binti Sadek
  • Dilahirkan di Pontian, Johor pada 27hb Januari 1976.
  • Ibu saya bernama Hawan Binti Dumang, Emak dikenali dengan nama Senah
  • Bapa saya bernama Hj Sadek Bin Hj Darisak. Ayah saya baru sahaja kembali kepada Sang Penciptanya pada 30.05.2022 ( 28 Syawal 1443H ).
  • Rakan – rakan mengenali saya dengan panggilan Asiah manakala ahli keluarga dan rakan – rakan yang rapat mengenali dan memanggil saya dengan panggilan Along.
  • Saya anak pertama daripada 5 orang adik beradik.
  • Hobi saya menonton cerita korea di waktu terluang.
  • Telah mendirikan rumahtangga bersama Mohd Sabri pada 10/11/2000
  • Mempunyai 3 orang cahaya mata Muhammad Asyraaf Safiy, Nurul Atiqah dan Muhammad Aysar Wafiq.

Tahap Pendidikan

  • Mendapat pendidikan awal di Sek Keb Pulai Sebatang, Pontian, Johor dari Darjah 1 sampai Darjah 6 ( UPSR ) https://www.facebook.com/sekolahkebangsaan.pulaisebatang
  • Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Sek Men Ayer Baloi, Pontian, Johor ( SPM )
  • Tingkatan 6 Rendah dan 6 Atas di Sek Men Benut, Pontian, Johor ( STPM )

Pekerjaan

  • Menunggu keputusan SPM berkerja di PCM, Pineapple Cannery Malaysia, Pekan Nanas.
  • 1995 – 2000 – Shimano Component Sdn. Bhd. – Quality Control ( QC Incoming )
  • 2001 sehingga kini – Pembantu Makmal UTM di Institut Pembangunan Bioproduk ( IBD )

Mula bertugas di UTM, dan ditempatkan di Loji Pandu Kejuruteraan Kimia ( CEPP ), Sekarang telah dinaiktaraf ke Institut Pembangunan Bioproduk ( IBD ), pada 14 Februari 2001. Bertugas di Unit Makanan dan Nutraceutikal, Ketua Unit bernama Ts. Dr. Harisun Yaakob.

Kenangan Terindah

Sapa saya….

  • Saya Norasiah binti Sadek, rakan – rakan sekerja mengenali saya dengan panggilan Asiah…. 2 kali datang temuduga di UTM, pertama kali datang temuduga untuk jawatan Penyelia Asrama menggunakan Sijil STPM. Pemohonan anda GAGAL.
  • Kemudian cuba lagi sekali, kali ini mohon jawatan Pembantu Makmal dengan menggunakan sijil SPM. Boleh tahan jugak soalan-soalan pada masa itu, sebahagian darinya x dapat le den nak menjawabnya. Biasala gabra, takut semua ada. Sampai sekarang teringat lagi soalan yang diajukan walaupun dah 21 tahun berlalu.

Penemuduga, ” Siapakah Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia ? “

Saya. ” Maaf, Tuan….. Saya tak ingat…. ” nasib baik la tak terkucil kat ctu.

Selesai je temuduga, terus tanya rakan – rakan rupanya Dato Sri Shahrizat Abdul Jalil.

  • Selang beberapa minggu, saya dapat surat diterima sebagai Pembantu Makmal C17. Alhamdulillah, rezeki anak masa tu, tengah mengandung anak sulung 2 bulan.
  • 14hb Februari 2001 maka saya pon menjadi Penjawat Awam di UTM. Satu pejabat dengan En. Suami. Saya ditugaskan di Makmal Makanan dan Nutraceutikal di bawah seliaan Dr Harisun Yaakob sehingga 5.3.2022. Selama 21 tahun saya bertugas di Makmal Makanan.
  • Pada 6.3.2022 tahun ini, saya telah ditukarkan secara dalaman ke Unit Analisis di bawah seliaan Puan Siti Hajar Mat Sarip. Ditugaskan menjaga Makmal Analisis HPLC dan Makmal Analisis Mikrob ISO.

https://people.utm.my/norasiahsadek/