Wahhhhhhhhhh!!!!!……
Tahun ini dilantik lagi sebagai salah seorang AJK Kelab IBD. Rasanya orang pertama Tuan Pengerusi, lantik jadi AJK 🙂 ….
Jam 3 petang 21/9/2022, telah diadakan mesyuarat pertama yang hanya dihadiri oleh Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 2 orang AJK ( Saya dan Maizatul ).
Amikkkkkkkkk ……. Jadi AJK Kebajikan…. terus dapat tugasan Sempena Sambutan Maulidur Rasul pada bulan Oktober nanti……
Agenda pada hari ini, melantik AJK-AJK lain…. Pengerusi telah memilih beberapa orang dan telah menghubungi mereka untuk persetujuan…. Skima betul ayat aku ni….. Terima kasih Pengerusi belanja pisang goreng & keropok lekor ” STARBUCKS ” ….. sambil bincang kita ngap-ngap la….
Perbincangan diteruskan dengan cadangan baharu, yuran bulanan dan aktiviti yang bersesuaian untuk dijalankan. Perbincangan ditunda dan akan diadakan pada 29/9/2022 dan akan diadakan bersama dengan AJK baru…..
Semangat……. Semangat…… Walaupun staf semakin menyusut…..