Anugerah Jasa Bakti

Anugerah Jasa Bakti diberikan kepada staf UTM yang telah berkhidmat 20 tahun di UTM.

– Majlis Sanjungan Budi UTM 2022

JOHOR BAHRU, 8 Nov. – Seramai 320 kakitangan, termasuk pesara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah diraikan dalam Majlis Sanjungan Budi 2022 yang berlangsung di Dewan Sultan Iskandar pagi tadi.

Majlis ini diadakan khas bagi meraikan pesara, perkhidmatan 20, 30 dan juga 40 tahun yang diberikan beberapa anugerah seperti Anugerah Delima, Jasa Setia, Jasa Bakti, Jasa Abadi dan Tokoh Pesara.

Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail mengatakan bahawa budaya menghargai antara satu dengan yang lain adalah sangat penting bagi meneruskan kelangsungan kecemerlangan sesebuah universiti seperti UTM.

“Penghargaan yang diberikan kepada kakitangan ini akan menjadi batu loncatan untuk mereka pamerkan hasil kerja yang lebih baik pada masa akan datang.

“Ia sebenarnya memberi kesan psikologi yang mendalam kepada staf berkenaan untuk berkhidmat dengan lebih baik apabila mereka dihargai melalui sesuatu program yang diadakan malah mereka juga akan sanggup memberikan sepenuh komitmen dalam apa jua program anjuran universiti,” katanya lagi.

Para pesara juga diingatkan bahawa dengan berakhirnya perkhidmatan di UTM tidak bermakna tugasan dan peranan golongan ini telah tamat.

“Persaraan ini seharusnya menjadi titik permulaan kepada kehidupan baru yang lebih bermakna untuk memastikan kehidupan kita di sana lebih terjamin.

“Inilah kesinambungan hayat yang perlu kita fokuskan dan pengalaman di UTM ini pastinya dapat dijadikan panduan untuk menjadi seorang khalifah yang berwibawa di muka bumi Tuhan ini,” tambahnya lagi.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Rosli Md Illias,

Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Prof. Dr. Hamdan Ahmad,

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Dr. Shamsul Sahibuddin,

Pendaftar, Nor Azizah Ismail,

Bendahari, Haji Abu Bakar Md Salleh,

Ketua Pustakawan, Nor Asikin Mohamad.

https://fb.watch/gK5tNp8alG/

Mantan Timbalan Pendaftar Kanan Jabatan Canseleri, Tn Hj Ismaal Samat menerima Anugerah Tokoh Pesara daripada Naib Canselor, Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail.
Mantan Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar turut menerima Anugerah Jasa Abadi dari Naib Canselor, Prof. Datuk Ir. Ts. Dr Ahmad Fauzi Ismail.
Mantan Pendaftar, Abdul Razib Hj Shahuddin (kanan) juga menerima Anugerah Jasa Abadi daripada Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail.

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Paling seronok dapat berjumpa dengan rakan-rakan Induksi tahun 2001 di majlis tersebut.

Sumber Rujukan : https://news.utm.my/

https://people.utm.my/norasiahsadek/