Menyuarat Kelab IBD 2023 telah diadakan pada 21.08.2023 pada jam 9.30 pagi.
Kami membincangkan tentang aktiviti sempena Hari Kemerdekaan dan juga Hari Malaysia pada bulan Ogos dan pada bulan September 2023 ini.
Menyuarat Kelab IBD 2023 telah diadakan pada 21.08.2023 pada jam 9.30 pagi.
Kami membincangkan tentang aktiviti sempena Hari Kemerdekaan dan juga Hari Malaysia pada bulan Ogos dan pada bulan September 2023 ini.
Majlis Anugerah Kecemerlangan IBD 2022 & Sambutan Jubli Perak CEPP/IBD telah diadakan pada hari Ahad, 13 Ogos 2023 , pada jam 2.00 petang sehingga jam 5.00 petang di Horizon Hill Goft Club, Nusajaya. https://maps.app.goo.gl/7uhteFygHEoRSE5x5
Majlis Anugerah Kecemerlangan IBD 2022 ini dimulakan dengan bacaan doa yang dibacakan oleh En Shahizwan kemudian ucapan dan perasmian oleh Pengarah IBD. Tayangan montaj CEPP/IBD, yang menggamit nostalgia amat-amat menyentuh hati,sehingga saya tidak sedar airmata berguguran.
[Read more…]Tabletop Exercise telah diadakan di IBD pada 22hb Disember 2022
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera YBhg. Prof./Dr./Sdr.,
Semua staf IBD dan pelajar adalah dengan segala hormatnya dikehendaki untuk hadir sesi taklimat anjuran Jawatankuasa Persekitaran, Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (OSHE) Institut Pembangunan Bioproduk (IBD) pada ketetapan berikut :-
[Read more…]
IBD Webinar 2022/23 pada hari ini berkongsi maklumat tentang tajuk:
BIOTECNLGY : SCIENCE, BUSINESS & SOCIETY WEBINAR 2022/23
What are bugs and superbugs?
Penceramah yang dijemput ialah Dr Roslinda Jaafar dari Pathologist (Medical Microbiologist), Head of the Microbiology Unit, and Member of Hospital Infection Control & Antibiotic Committee Hospital Sultan Haji Ahmad Shah.
Salam Takziah buat Anas dan Dr. Zarani di atas kehilangan Ibunda tercinta Hajjah Suminah binti Ismail di Jalan Ladang, Felda Taib Andak, Kulai.
Semoga Anas serta keluarga tabah dan sabar.
Alhamdulillah beberapa rakan dari IBD telah berkesempatan menziarahi keluarga Anas di Felda Taib Andak.
Kematian yang dicemburui.
Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan.
Bila melihat suasana di rumah keluarga Anas, tetiba teringat arwah ayah yang pergi menghadap ilahi beberapa bulan yang lalu.
Tetiba sebak……
Mesyuarat Unit Analisis telah di mulakan pada jam 10 pagi sehingga jam 12.30 tengah hari. Dr Chua menjadi pengerusi mesyuarat. Mesyuarat dihadiri oleh Pengarah, Prof. Dr Hesham dan Timbalan Pengarah PM Dr Mazura, Ketua Makmal, Puan Siti Hajar.
Rakan-rakan unit analisis yang turut serta
Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di IBD bermula jam 9 pagi. Sebelum kami memulakan perarakan, sesi bergambar bersama Pengarah dan juga Timbalan Pengarah di lobi IBD. Sambutan dimulakan dengan perarakan dari IBD N22 ke IBD N23. Disepanjang perarakan ini kami beramai-ramai berselawat ke atas junjungan nabi kita Nabi Muhammad.
Bagi mengimarahkan lagi sambutan ini, kami menjemput Ustaz Mahyudin bin Md Sarip, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pejabat Canseleri untuk memberi ceramah. Ceramah berlangsung selama 45 minit. Selesai ceramah kami memberi saguhati dan juga juadah kepada Ustaz sebelum beliau pulang.
Setelah selesai Sambutan Maulidur Rasul disambung dengan perjumpaan bersama Pengarah IBD. Perbincangan berkisar tentang pencapaian IBD dalam beberapa bulan ini. Selepas itu, kami menjamu selera di Kafeteria IBD N23.
En Syafiq telah menyediakan aiskrim kon untuk staf dan juga pelajar IBD. Makanan kami pada pagi iru nasi hujan panas, ayam masak merah, acah buah dan juga buah-buahan.
En Hatta telah menyediakan kek sempena hari lahir staf IBd pada bulan September dan bulan ktober 2022.
Video-video dan gambar-gambar boleh rakan-rakan lihat di laman
Facebook Kelab IBD KELAB IBD UTM | Facebook
dan juga di blog saya https://people.utm.my/norasiahsadek/
Tak susah untuk menjadi diri sendiri... Hargai diri, Sayangi diri......
S | M | T | W | T | F | S |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |