Gotong Royong SKTPE

Gotong royong SKTPE, Sek Keb Taman Pulai Emas telah diadakan pada hari Sabtu, 12hb November 2022 dari jam 8.00 pg sehingga jam 12 tengah hari. Ibubapa, guru – guru dan pelajar – pelajar Sek Keb Taman Pulai Emas bersama – sama bergotong royong menanam anak pokok bunga.

https://fb.watch/gLpDxLQ3eG/

Sumbangan juadah juga disediakan oleh guru – guru dan juga ibubapa yang datang menyumbang tenaga pada hari ini.

Guru – guru juga mempelawa ibubapa untuk datang ke sekolah untuk melihat perkembangan anak – anak pokok yang kami telah tanam dan boleh membaja pokok – pokok tersebut.

May be an image of text that says "SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PULAI EMAS GOTONG ROYONG Menceriakan kawasan sekolah 12.11.2022 Bawa bersama: •sarung tangan .cangkul penggembur tangan .sudip tangan SEKOLAH TAMAN PULAI KEBANGSAAN EMAS SMAMELAMT @sktamanpulaiemas"
Gotong royong SKTPE

Alhamdulillah, seronok sangat kami Ibubapa dapat membantu guru – guru menceriakan sek dengan menanam anak pokok di sekitar sekolah.

– Video gotong royong menanam anak pokok kesinai mutid tahun 4
https://people.utm.my/norasiahsadek/

22 Tahun Perkahwinanku

22 Tahun Perkahwinanku pada tahun ini….

Alhamdulillah, Semoga Allah pelihara keharmonian rumahtanggaku

Makan – makan kami 5 beranak di Ewan Corner Taman Teratai https://www.facebook.com/pages/Ewan-Corner-Tmn-Sri-Skudai/

https://people.utm.my/norasiahsadek/

Adat Bugis

Acara Mendrek Tojang

Mendrek Tojang  ” Mendrek ” bermaksud naik manakala ” Tojang ” bermaksud buai. Bayi naik buai selepas 40 hari kelahiran. Pulut diwarnakan dengan 4 jenis warna dan dikukus kemudian disusun di atas pinggan.

Adat ini yang semakin dilupakan pada masa sekarang…

Disamping itu terdapat lepat-lepat, ketupat, pisang montel, ayam masak santan, ikan bawal goreng dan ” bale buta” ( nugget bugis ) diletakkan sekali.

Bayi yang sudah melepasi 40 hari akan di pusing disekeliling buai yang akan dinaikinya oleh orang tua-tua.

Kemudian disusuli dengan makan besar ” Mandre Loppo ” selepas acara naik buai.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Adat Bugis lain banyak lagi, tapi di Malaysia ianya telah semakin dilupakan disebabkan peredaran zaman. Anak muda zaman sekarang lebih mengutamakan benda yang wajib seperti aqiqah. 

Untuk melihat lebih banyak lagi tradisi ini, rakan-rakan boleh melayari YouTube yang berkaitan dengan adat ini.

Saya pon bila ingin melihat adat-adat bugis, lagu-lagu bugis saya pergi je Google atau ke YouTube.

Semuanya dihujung jari sekarang…….. 

Sumber Rujukan :

https://www.kompas.tv/article/85957/mandrek-tojang-tradisi-turun-temurun-warga-bugis

 

https://people.utm.my/norasiahsadek/

 

Family Time

Family Time…..

Benda tak rancang, wassap adik kat kampung ajak keluar makan-makan malam Sambutan Depavali… Terus booking meja untuk makan shellout kat Tambak…

Rakan-rakan yang ingin membawa ahli keluarga makan beramai-ramai Jot Kitchen Pontian amat sesuai. Beraneka makanan disediakan. https://www.facebook.com/Jotkitchenpontian

May be an image of text
Restoran Jot Kitchen Branch Pontian

Semoga mereka semua sentiasa gembira di samping aku…… Tanpa mereka sapa aku ini…..

Sumber YouTube : NORASIAH BT SADEK TNCPI – YouTube

Tentang seorang bernama Norasiah

Saya merupakan seorang Pembantu Makmal C17 pada tahun 2001.
Setelah berkhidmat 13 tahun barulah dinaikkan ke C22 KUP hingga kini.
Seorang yang beraliran sastera di Sek. Men. Ayer Baloi


Saya suka pekerjaan saya sekarang…..