Geologi adalah salah satu bidang cabang sains yang mengkaji tentang ciri-ciri bumi. Ciri-ciri ini adalah termasuk fizikal bumi, kimia bumi serta proses-proses yang terlibat semasa pembentukkan atau perubahan bumi. Ciri-ciri fizikal adalah termasuk mengenalpasti jenis-jenis batuan, mineral, fosil, struktur batuan yang wujud di sesuatu kawasan.
Ciri kimia adalah untuk mengenalpasti sifat kimia serta komposisi bagi batuan dan mineral yang dikaji. Semua maklumat-maklumat yang diperolehi sama ada dalam cirri fizikal dan kimia akan digunakan untuk mengenalpasti gambaran semua proses dan kejadian yang pernah berlaku di bumi pada masa sekarang dan juga semasa zaman lampau.
Tenaga Pengajar
Dr Afikah merupakan Pensyarah Kanan ( DS 51 ), Penyelaras bidang/ Penyeleras Penyelidikan di Jabatan Geoteknik dan Pengangkutan, Fakulti Kejuruteraan Awam.
Slot 1, Bab 1
Dr Afikah menerangkan kepada kami tentang
- Sifat-sifat fizik dan kimia bumi.
- Geologi dan sumbangannya
- Asalmula bumi dan alam semesta
- Teori asalmula universe
- Asalmula sistem solar
- Pembentukan bumi
- Bahagian utama bumi
- Atmosfera
- Hidrosfera
- Geosfrera
- Gelombang Seismik dan Zon Dalam Bumi
- Zon Dalaman Bumi
- Teori Hayunan Benua
- Tektonik
Slot 2, Bab 2
Dr Afikah menerangkan tentang
- Mineral
- Mengenal Mineral
- Mineral Pembentuk Batuan
- Mineral Hasil Perubahan
Mineral merupakan bahan anorganik yang terbentuk secara alamiah, memiliki komposis kimia yang tetap dan bentuk hablur atau kristal, umumnya seragam pada batas volumenya. Suatu campuran dari berbagai mineral disebut batuan.
Mineral silikat membentuk sebagian besar kerak bumi. Semua silikat dibuat dari blok bangunan yang sama, tetrahedron silikon-oksigen Para ilmuwan hingga kini telah menemukan lebih dari 4.000 mineral yang berbeda dan masih banyak lagi yang belum ditemukan.
Tiada peperiksaan hanya perlu hantar Laporan Amali Kumpulan. Amali dijalankan pada 15hb Oktober 2022, sesi petang.