IBD

IBD, Institut Pembangunan Bioproduk, menjalankan Penyelidikan dan Pembangunan, Pengajaran dan Latihan, Penindustrian dan Pembangunan Sains dan Teknologi.

Sejarah Institut Pembangunan Bioproduk

https://www.utm.my/ibd/

Bangunan N23

Sejarah Penubuhan

✔ Cadangan penubuhan dipersetujui pada Oktober 1984.

✔ Unit Koordinasi dan Implementasi, Jabatan Perdana Menteri telah dilantik sebagai jurunding luar pada 1989.

✔ UTM dan Energieconsulting Heidelerg, Germany telah dilantik sebagai jurunding pada Oktober 1991.

✔ Jurunding telah memutuskan rekabentuk loji perintis untuk kegunaan pembangunan industry herba, fitokimia dan bioproduk pada April 1992.

✔ MPKSN menyokong penuh projek itu untuk pembangunan teknologi masa hadapan menggunakan sumber asli yang terdapat dalam negara pada September 1994.

✔ Unit Perancang Ekonomi meluluskan peruntukan sebanyak RM35 juta untuk pembinaan IBD pada masa itu pada April 1995.

✔ Jabatan Perkhidmatan Awam meluluskan 45 jawatan baru untuk IBD pada masa itu di kenali sebagai CEPP ( Chemical Engineering Pilot Plant ) pada Mac 1998.

✔ IBD menjadi sebuah Pusat Kecemerlangan di UTM pada Jun 1998.

✔ IBD menerima RM4.5 juta daripada Islamic Development Bank ( IDB ) untuk penambahan peralatan pada 2005.

✔ Dirasmikan oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 6 Jun 2005 dan beliau meluluskan geran RM5 juta setahun dalam Rancangan Malaysia ke 9 ( RMK 9 ).

✔ Diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke 9 ( RMK 9 ) seuah pusat baru dinamakan Johor Bioproduct Validation Centre.


Carta Organisasi

Visi

“ Menjadi pusat terkemuka dalam penyelidikan dan pembangunan perniagaan dalam bidang kimia khusus dan biokimia ”

Misi

“ Untuk menjadi Pusat Penyelidikan dan Perniagaan bidang kimia khusus, berinovatif. Pusat Pembangunan komited untuk mencipta kemakmuran dan faedah daripada sumber asli negara untuk negara melalui lestari teknologi proses “

https://www.youtube.com/watch?v=z3IRtNSBJ5w

Institute Of Bioproduct Development , UTM | Johor Bahru | Facebook

Bangunan baru N23
Proses di Makmal
Alat Bersekala Besar IBD

https://people.utm.my/norasiahsadek/