Mesyuarat Unit Analisis

Mesyuarat Unit Analisis telah di mulakan pada jam 10 pagi sehingga jam 12.30 tengah hari. Dr Chua menjadi pengerusi mesyuarat. Mesyuarat dihadiri oleh Pengarah, Prof. Dr Hesham dan Timbalan Pengarah PM Dr Mazura, Ketua Makmal, Puan Siti Hajar.

Rakan-rakan unit analisis yang turut serta

  • En. Syafiq dan En Heirizal dari Makmal Analisis Makanan
  • Puan Maizatul, En Rabain dan En Arif dari Makmal HPLC
  • Puan Siti Alyani, En Azizul dan saya dari Makmal Analisis Mikrob.

Terima kasih buat adik manis Asmafarhana bahagian terimaan dan daftar sampel untuk analisis.

Mesyuarat Unit Analisis menekanan lebih pada penjanaan pendapatan Unit Analisis pada tahun ini dan juga peralatan makmal yang rosak.

https://www.utm.my/ibd/analytical-biovalidation/

  • Pengarah IBD menekankan memberi lebih banyak penjanaan pendapatan
  • kos penyelenggaraan dan yang berkaitan dengan alat di dalam makmal.
  • Timbalan Pengarah mencadangkan En Kamal dari Fakulti Kejeruteraan Kimia untuk membantu kami memperbaiki beberapa peralatan yang rosak di makmal.

Paling best mesti la makan selepas mesyuarat…….

Sambil makan sambil berborak-borak dengan rakan-rakan……

Dr Chua sebagai Pengerusi Mesyuarat

Adik penerima sampel pagi ini menempah soto nasi dan kopi o untuk jamuan tengah hari kami.